Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 maut, sembilan lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh
  • GLOBAL

10 maut, sembilan lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh

Utusan Sarawak 9 hours ago
BATU dan pokok tumbang menghalang jalan di Sancheong, Wilayah Gyeongsang Selatan, selepas hujan lebat dan tanah runtuh semalam. – Foto Yonhap

SEOUL: Sepuluh orang terbunuh dan sembilan lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di seluruh Korea Selatan sejak empat hari lalu.

Menurut Agensi Berita Yonhap, data daripada kementerian dalam negeri dan Agensi Bomba Kebangsaan, menunjukkan setakat 5.00 pagi Ahad, sebahagian besar kes, membabitkan enam kematian dan tujuh lagi hilang berlaku di daerah selatan Sancheong.

Kematian lain berlaku di Osan, Wilayah Gyeonggi; Seosan, Wilayah Chungcheong Selatan; dan Dangjin, Chungcheong Selatan.

Pegawai penyelamat berkata kerja menyelamat yang masih dijalankan di Sancheong boleh membawa kepada perubahan dalam jumlah mangsa.

Seramai 58 orang telah diselamatkan dari daerah itu.

Hujan lebat telah melanda negara sejak Rabu, dengan Sancheong menerima hujan terkumpul 793.5 milimeter.

Daerah bersebelahan Hapcheon telah menerima 699mm, manakala daerah berhampiran Hadong telah menerima 621.5mm.

Pihak berkuasa telah merekodkan 1,920 kes jalan raya yang dinaiki air, hakisan tanah dan kemudahan awam yang musnah, serta 2,234 kes lain kerosakan harta benda persendirian, termasuk bangunan dan tanah ladang.

Seramai 12,921 orang sedang berlindung di 14 bandar dan wilayah utama. Lebih banyak hujan lebat diramalkan di kawasan ibu kota dan Wilayah Gangwon hingga pagi Ahad. – Bernama-Yonhap

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 16 rumah rosak dalam gempa bumi di Jawa Timur, tiada kemalangan jiwa
Next: Jerebu kebakaran hutan di Riau mula merebak ke Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.