Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi hadir Majlis Pelancaran Buku Biografi Tan Sri Abu Zahar Ujang
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi hadir Majlis Pelancaran Buku Biografi Tan Sri Abu Zahar Ujang

Utusan Sarawak 1 day ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menghadiri Majlis Pelancaran Buku Biografi “Guided By Integrity: A Life of Honour and Wisdom” di Dewan Tan Sri Abu Zahar Ujang, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Biografi “Guided By Integrity: A Life of Honour and Wisdom” di Dewan Tan Sri Abu Zahar Ujang, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur pagi tadi.

Hadir bersama isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Buku tersebut mengisahkan perjalanan hidup Tan Sri Abu Zahar Ujang, tokoh negara yang disegani dan dihormati serta memaparkan kisah inspiratif Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Judul buku ini amat bertepatan kerana ia benar-benar menggambarkan keperibadian beliau sebagai seorang tokoh politik berintegriti tinggi, merendah diri serta berpegang teguh kepada prinsip kepimpinan yang luhur.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menghadiri Majlis Pelancaran Buku Biografi “Guided By Integrity: A Life of Honour and Wisdom” di Dewan Tan Sri Abu Zahar Ujang, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi turut berkongsi bahawa beliau telah mengenali Tan Sri Abu Zahar sejak 1974 semasa mereka sama-sama berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, sebagai Ahli Parlimen dan kemudiannya sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

Sepanjang tempoh persahabatan dan perjuangan tersebut, pelbagai pengalaman, kisah dan cabaran telah mereka harungi bersama.

Tun Wan Junaidi berkata, sepanjang kerjaya dan kehidupan Tan Sri Abu Zahar, beliau sentiasa menzahirkan nilai-nilai murni seperti kejujuran dan integriti yang bukan sahaja wajar dijunjung, malah harus dijadikan panduan dalam segala aspek kehidupan, baik dalam perkhidmatan awam mahupun dalam urusan peribadi.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penulis atas usaha yang berjaya mendokumentasikan kisah hidup seorang tokoh unggul negara.

Beliau juga mendoakan semoga karya ini akan menjadi sumber inspirasi yang berharga kepada para pembaca, khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia yang cintakan integriti dan kepimpinan berprinsip.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: GPS peruntuk RM5.9 bilion bina 16 jambatan seluruh Sarawak
Next: KKM siasat dakwaan gangsterisme urusan bilik mayat hospital di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.