Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 pili bomba di Bintangor diperiksa bagi tujuan keselamatan
  • Tengah
  • WILAYAH

10 pili bomba di Bintangor diperiksa bagi tujuan keselamatan

Utusan Sarawak 2 days ago
PERIKSA… Anggota bomba memeriksa keadaan pili bomba di Jalan Pasir dan Skim B. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Sebanyak 10 unit pili bomba di sekitar kawasan jalan pasir dan Skim B telah diperiksa oleh pihak bomba, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pemeriksaan ini merupakan sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan pihaknya dalam menghadapi sebarang kemungkinan insiden kebakaran di kawasan tersebut. 

“Pemeriksaan ini penting untuk memastikan setiap pili bomba dapat berfungsi dengan baik dan bekalan air mencukupi sekiranya berlaku kebakaran. 

“Pemeriksaan melibatkan aspek tekanan air, kebocoran dan tahap kebersihan,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, pili bomba ini perlu sentiasa dijaga dan dalam keadaan baik ketika diperlukan.

“Kami berharap orang awam agar tidak meletakkan kenderaan atau objek yang menghalang pili bomba.

“Kerjasama daripada masyarakat amat penting. Jika ada maklumat berkaitan kerosakan pili bomba di kawasan sekitar tempat tinggal, segera maklumkan kepada pihak kami,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak komited tambah baik sistem bekalan air di DUN N.1 Opar
Next: Ketua Polis Limbang ziarah keluarga mangsa serangan buaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.