Bekas Menteri perdagangan Indonesia dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah import gula

Facebook
WhatsApp
BEKAS Menteri perdagangan Indonesia Thomas Trikasih Lembong


JAKARTA: Sebuah mahkamah di Indonesia pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara empat tahun enam bulan ke atas bekas Menteri Perdagangan Thomas Trikasih Lembong, atas kesalahan rasuah berkaitan import gula semasa tempoh perkhidmatannya antara 2015 hingga 2016, lapor Xinhua.

“Mahkamah memutuskan yang defendan, Thomas Trikasih Lembong terbukti bersalah melakukan jenayah,” kata Hakim Ketua Dennie Arsan Fatrika semasa membacakan keputusan di Mahkamah Rasuah Jakarta.

Selain hukuman penjara, lelaki berusia 54 tahun itu turut diperintahkan membayar denda sebanyak 750 juta rupiah Indonesia (kira-kira AS$45,750). Jika gagal membayar denda, dia akan dikenakan tambahan enam bulan penjara.

Lembong didakwa dan ditahan pada Oktober tahun lepas kerana penglibatannya dalam penyelewengan dana import gula mentah. Kes itu melibatkan kerugian negara dianggarkan sebanyak 400 bilion rupiah (kira-kira AS$24.4 juta) sepanjang tempoh 2015 hingga 2016.- Bernama-Xinhua

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia