Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Nelayan Limbang selamat dilanda ombak, dua jam terapung berpaut pada gelen
  • KEMALANGAN

Nelayan Limbang selamat dilanda ombak, dua jam terapung berpaut pada gelen

Utusan Sarawak 22 hours ago
MANGSA RIBUT…..Tahir Simin menunjukkan kecederaan ringan di bahagian tangan kanannya akibat terkena perahu yang bergolak dilambung ombak dan akhirnya tengelam ditelan rantaian ombak di laut. Foto: Tahir Simin

LIMBANG: Cuaca tidak menentu dengan ribut melanda di kawasan laut telah menyebabkan seorang nelayan tempatan di Limbang berdepan detik cemas.

Tahir Simin, 77, dari Kampung Seberang Kedai yang turun memukat ke laut selepas solat Subuh Khamis lalu telah terperangkap dalam angin ribut yang melanda di Kuala Limbang berhampiran perairan negara Brunei.

“Ketika kejadian cuaca agak gelap dan angin kuat, saya sempat membuang tiga pukat ke laut sebelum ombak besar menghempas perahu yang saya gunakan.

“Pada mulanya saya sempat mengemudi perahu ke Kuala Limbang namun, tiba-tiba perahu saya karam akibat dipukul ombak. Saya nekad berenang dan hanyut menghampiri Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) dan terapung lebih dua jam sebelum diselamatkan polis Brunei,” katanya dalam satu pertemuan di sini hari ini.

Tahir yang telah bekerja sebagai nelayan selama 50 tahun bergantung nyawa dengan berpaut pada gelen kosong yang dibawa selama dua jam sebelum diselamatkan polis Brunei.

Mengulas lanjut beliau memberitahu telah dibawa polis Brunei ke Muara Brunei, semasa di sana beliau telah dibantu anak-anak buahnya dan Kedutaan Malaysia untuk membuat pasport sebelum dihantar pulang ke Limbang melalui Daerah Temburong Brunei.

Oleh Adeng Edrus

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pekerja syarikat balak maut kereta jatuh gaung
Next: Rumah runtuh ke dalam air di Kampung Masjid Lama, Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.