Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemuda terselamat kereta terbabas dalam longkang di Jalan Sealine, Miri
  • KEMALANGAN

Pemuda terselamat kereta terbabas dalam longkang di Jalan Sealine, Miri

Utusan Sarawak 1 day ago
TERBABAS…Keadaan kereta mangsa terbabas ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Sealine di Miri malam tadi.

MIRI: Seorang pemuda terselamat selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Sealine di sini tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu 12.40 tengah malam.

Katanya, sepasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak sembilan kilometer dari balai.

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan melibatkanĀ sebuah kereta terbabas ke longkang di tepi jalan dengan kerosakan di bahagian hadapan.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan berjaya keluar tanpa sebarang kecederaan sebelum PKO tiba,” katanya di sini.

Henry berkata, tiada operasi penyelamatan dijalankan dan PKO hanya mengambil maklumat danĀ  memantau keadaan mangsa.

Operasi itu tamat sekitar 12.56 tengah malam.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
Next: Tiga cedera ringan kereta dihempap pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.