Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • ASSAR umum dividen 6 sen seunit
  • BISNES

ASSAR umum dividen 6 sen seunit

Utusan Sarawak 1 day ago

KUCHING: Amanah Saham Sarawak (ASSAR) mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pengagihan itu adalah yang kedua bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 selepas pengumuman dividen interim sebanyak 3 sen pada 17 Januari lalu.

“Saya percaya ini satu berita yang menggembirakan buat pelabur sedia ada dan diharap dapat galakkan lebih ramai Bumiputera Sarawak melabur.

“Dividen itu diagihkan berikutan prestasi syarikat pengurusan dana milik kerajaan Sarawak yang semakin kukuh selepas penstrukturan semula dilaksanakan pada 2022.

“Berdasarkan prestasi kukuh ASSAR, saya dengan sukacitanya mengumumkan pengagihan dividen akhir sebanyak 3 sen seunit bagi tahun kewangan 2025.

“Maka jumlah keseluruhan pulangan dividen ASSAR bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 ialah sebanyak 6 sen seunit, iaitu dividen interim 3 sen seunit ditambah dengan dividen akhir 3 sen seunit, dengan jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM28.76 juta,” katanya ketika mengumumkan dividen ASSAR di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Pengerusi ASSAR, Dato Sri Wahab Dolah.

Abang Johari berkata, pengagihan kali kedua ini iaitu selepas pengagihan interim pada Januari lalu, akan membabitkan pembayaran sebanyak RM14.52 juta kepada 57,870 pelabur, dikira berdasarkan baki pegangan unit pada 30 Jun 2025.

“Ini bermakna terdapat lebihan pendapatan sebanyak RM12 juta yang tersedia sebagai rizab bagi menampung pendapatan dana ASSAR untuk tempoh seterusnya bagi tahun kewangan seterusnya,” katanya.

Secara kumulatif, jumlah dividen pasca penstrukturan telah mencapai RM42.33 juta, satu pencapaian yang disifatkan sebagai bukti kejayaan pengurusan baharu ASSAR.

“Dalam suasana pasaran yang mencabar, ASSAR kekal stabil dengan purata Nilai Aset Bersih (NAB) RM1.11 seunit, meningkat 3.2 peratus berbanding RM1.08 tahun sebelumnya,” jelasnya.

Beliau memaklumkan bahawa NAB ini kekal stabil walaupun dana telah mengagihkan pulangan kepada pelabur.

“Ini hasil strategi pelaburan berhemah dan disiplin yang mampu mengurangkan risiko walaupun pasaran tidak menentu.

“Walaupun nilai aset bersih turut mengalami turun naik selaras dengan keadaan pasaran, tahap volatiliti adalah terkawal hasil daripada strategi perumpukan aset yang berhemah dan berdisiplin,” katanya.

Menurutnya lagi, pelabur kini semakin yakin bahawa ASSAR ada satu instrumen pelaburan yang selamat dan berisiko rendah dengan ada mekanisme jaminan harga minima RM1 seunit.

“Bagi meningkatkan visibiliti supaya ASSAR terus relevan dan dekat di hati masyarakat, pengurusan mengambil inisiatif untuk mendekati pelabur khususnya di luar bandar dengan memperkenalkan pejabat bergerak.

“Dengan pelancaran pejabat bergerak ini, saya yakin lebih ramai masyarakat akan mendapat akses mudah kepada maklumat pelaburan dan perkhidmatan berkaitan dana ASSAR, tanpa perlu hadir ke satu-satunya pejabat rasmi ASSAR di Kuching,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan ASSAR dan menyeru rakyat Sarawak terus menyokong dana pelaburan yang dibangunkan demi masa depan kewangan negeri.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Kerajaan sentiasa pastikan sebarang perjanjian akan sokong pembaharuan ekonomi – Zafrul
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, pendekatan kurang agresif AS terhadap China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.