Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua lelaki cedera, kereta terbabas dan rempuh tiang jejambat
  • KEMALANGAN

Dua lelaki cedera, kereta terbabas dan rempuh tiang jejambat

Utusan Sarawak 22 hours ago
OPERASI pihak bomba menyelamat mangsa yang terlibat dengan kemalangan di lampu isyarat Batu 10, Kota Padawan.

PADAWAN: Dua lelaki cedera apabila kereta Proton Saga Aeroback yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang jejambat di lampu isyarat Batu 10, di sini, petang tadi.

Komander Operasi, PBK II Yaakub Adanan, melaporkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.35 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 18 kilometer. 

“Jentera bomba tiba di lokasi pada 2.54 petang dan operasi disahkan tamat pada 4.13 petang.

“Setibanya pasukan di lokasi, seorang mangsa lelaki berusia 32 tahun dikenali sebagai Jo Anderon didapati berada di bahagian penumpang hadapan dalam keadaan cedera namun tidak tersepit,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, hari ini.

Beliau mengulas lanjut bahawa seorang lagi mangsa, Shanedy, 46 tahun, yang memandu kenderaan tersebut, berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan penyelamat. 

“Mangsa dikeluarkan menggunakan papan pengusung tulang belakang (spinal board) dan diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Seramai lima anggota bersama sebuah jentera CFRT terlibat dalam operasi tersebut, yang turut dibantu oleh pasukan KKM di lokasi kejadian,” jelasnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Nelayan maut dipercayai dibaham buaya di Sandakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.