Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung berapi Iceland meletus kali ke-12 dalam tempoh 4 tahun
  • GLOBAL

Gunung berapi Iceland meletus kali ke-12 dalam tempoh 4 tahun

Utusan Sarawak 2 days ago

COPENHAGEN: Semenanjung Reykjanes di Iceland mengalami letusan gunung berapi ke-12 dalam tempoh lebih empat tahun pada Rabu, apabila lahar memancut keluar dari rekahan selepas beberapa siri gempa bumi berlaku beberapa jam sebelumnya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pejabat Meteorologi Iceland mengesahkan letusan itu sejurus sebelum 0400 GMT, dan memaklumkan bahawa satu rekahan sepanjang 700 hingga 1,000 meter telah terbuka di kawasan semenanjung yang kurang berpenduduk di barat daya Reykjavik.

Rakaman langsung penyiar awam RUV menunjukkan lahar merah terang memancut keluar dari rekahan di permukaan bumi.

Pakar menyifatkan lokasi letusan itu sebagai tidak berisiko tinggi kerana tiada ancaman segera terhadap penduduk atau infrastruktur di bandar nelayan Grindavik yang berhampiran. Namun, pihak berkuasa tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan sebuah tapak perkhemahan dan menutup spa geoterma popular Blue Lagoon, menurut laporan RUV.

Tiada gangguan dijangka terhadap trafik udara antarabangsa dari Lapangan Terbang Keflavik, hab utama penerbangan Iceland.

Letusan ini merupakan yang kesembilan sejak akhir 2023 dan yang ke-12 sejak awal 2021. Letusan sebelum ini berlaku pada April dan hanya bertahan selama beberapa hari. Pakar tidak menjangkakan kejadian baharu secepat ini dan meramalkan ia akan berlaku lewat tahun ini.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Pembunuh pengembara Britian Peter Falconio di Australia meninggal dunia
Next: Pendaki Swiss diterbangkan dari Gunung Rinjani, Indonesia selepas cedera akibat terjatuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.