Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sumpah Setia, Bob Yusof buat hati bergetar
  • HIBURAN

Sumpah Setia, Bob Yusof buat hati bergetar

Utusan Sarawak 2 days ago
SUMPAH SETIA, single terbaharu Bob Yusof.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Bob Yusof sekali lagi berganding bahu dengan Alternate Records untuk melancarkan single terbaharunya Sumpah Setia, sebuah balada emosi yang bukan hanya menonjolkan kekuatan vokalnya, tetapi juga sisi sentimental dan penuh makna seorang anak kepada ibu bapanya.

Lagu ini turut dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) drama Akasia TV3, Pasca Kau Pergi yang sedang mendapat tontonan tinggi dan reaksi positif dari para penonton. 

Membawakan tema cinta dan penghargaan terhadap ibu bapa, Sumpah Setia menampilkan susunan muzik yang penuh emosi dengan lirik yang kuat daripada segi penceritaan. Lagu ini juga menandakan single kedua Bob Yusof bersama Alternate Records.

BOB YUSOF

“Saya amat berbesar hati dan terima kasih kepada pihak Alternate atas kepercayaan sekali lagi memilih saya untuk menyampaikan karya ini. Saya juga amat teruja untuk kolaborasi ini kerana dapat bekerja dengan anak muda yang berbakat dalam karya-karya mereka,” kata Bob Yusof.

Hasil ciptaan sepenuhnya oleh gandingan komposer muda, iaitu Emeer Bak, Amsyar Razqa dan Yunus Zawawi, lagu ini menampilkan sisi berbeza Bob Yusof, bukan sahaja daripada segi penyampaian vokal, malah daripada sudut pemahaman emosi dan penceritaan.

“Melodi lagu ini agak mencabar untuk saya pada mulanya, tetapi dengan bantuan para komposer, saya berjaya menjiwai dan mengikuti rentaknya,” jelas beliau.

Lirik Sumpah Setia membawa mesej yang menyentuh hati, bukan cinta antara pasangan seperti kelazimannya, sebaliknya tentang kasih sayang dan pengorbanan antara seorang anak dan ibu bapanya.

Menurut trio komposer, idea asal lagu ini datang daripada Yunus Zawawi dan kemudiannya dikembangkan secara bersama.

“Lirik lagu diolah semula bagi menyesuaikan maksud lagu dengan jalan cerita drama. Lagu ini lebih kepada cinta dan rasa syukur seorang anak terhadap ibu bapa. Ia bukan cinta antara pasangan seperti kebiasaan,” jelas mereka.

Bob Yusof turut dipuji kerana kerjasama dan kesungguhan beliau semasa sesi rakaman.

“Walaupun beliau seorang cikgu vokal, Abang Bob tetap beri ruang kepada kami untuk beri panduan. Dia sendiri minta untuk buat rakaman semula selepas demo pertama kerana mahu hasil yang lebih baik, itulah versi Sumpah Setia yang kita dengar hari ini,” tambah mereka.

Kini boleh distrim di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube, Sumpah Setia membawakan suara Bob Yusof yang lebih matang, dan karya komposer muda yang sedang mewarnai landskap muzik tempatan.

“Dengarkan lagu Sumpah Setia ini kerana ia membawa sentuhan yang berlainan, susunan muzik yang segar, dan hasil ciptaan komposer baharu yang sedang mencipta nama,” pesan Bob Yusof kepada peminatnya, dengan harapan  lagu ini mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok. 

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Bunga Citra Lestari kongsi rutin jaga emosi
Next: Irfan Zaini impi jadi jambatan industri filem Malaysia dengan antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.