Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masyarakat digesa jadi warganet bertanggungjawab – Kelvin Lau
  • Tengah
  • WILAYAH

Masyarakat digesa jadi warganet bertanggungjawab – Kelvin Lau

Utusan Sarawak 1 day ago
TANDA INGATAN… Lau (lima kanan) menerima cenderamata daripada Kueh sambil disaksikan Zaini (lima kiri), Radin (kiri), Wong Hua (tiga kiri) dan Justin (empat kanan) selepas menghadiri Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai di Sibu, semalam.

SIBU: Masyarakat disaran agar menjadi warganet yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk ekosistem digital yang selamat, sihat dan berlandaskan nilai murni.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Kaunselor Kelvin Lau berkata, dalam era digital masa kini, celik teknologi sahaja tidak mencukupi, malah sikap beretika, prihatin dan empati juga amat penting dalam setiap interaksi di alam maya.

“Apabila berada dalam talian, kita harus sentiasa mengamalkan tanggungjawab sosial sebagai pengguna. Gunakan platform digital untuk menyebar kandungan yang membawa manfaat seperti ilmu pengetahuan dan bakat ini adalah penggunaan teknologi yang positif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai bertemakan ‘Keselamatan Siber dan Pencegahan Penipuan’ yang berlangsung di SJK (C) Chung Cheng, di sini hari ini.

Program anjuran Komuniti MADANI Datuk Robert Lau Hoi Chew itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Daerah Sibu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mengulas lanjut, Lau menegaskan bahawa sebarang komen di media sosial hendaklah dibuat secara berhemah bagi mengelak menyinggung perasaan atau menjejaskan kesejahteraan emosi individu lain.

“Ada kalanya kita menganggap komen itu sekadar gurauan, namun ia boleh memberi kesan besar kepada penerimanya. Sebab itu penting untuk berfikir dahulu sebelum menulis,” ujarnya.

Lau turut menekankan bahawa tanggungjawab sebagai rakyat bukan hanya terbatas di dunia fizikal, malah perlu dilaksanakan di alam siber.

Menurutnya, amalan bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi bukan sahaja memberi perlindungan kepada diri sendiri, malah turut menjaga keselamatan keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program kesedaran tersebut.

Menyentuh mengenai keselamatan siber, beliau menggesa masyarakat khususnya pelajar supaya mendisiplinkan diri dalam penggunaan internet dan mengelak ketagihan terhadap permainan dalam talian yang boleh menjejaskan pelajaran dan kehidupan seharian.

“Pengguna juga perlu lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi di media sosial, termasuk nombor kad pengenalan. Elakkan berinteraksi dengan individu yang tidak dikenali,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa meneliti kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya bagi mengelak penyebaran berita palsu yang boleh mencetuskan kekeliruan dan menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Saya berharap para peserta dapat menyampaikan ilmu yang diperoleh kepada keluarga dan rakan-rakan bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan membina,” katanya.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Zaini Morshidi; Guru Besar SJK(C) Chung Cheng, Kueh Koh Hong; Timbalan Pengarah MCMC Sibu, Radin Blayong; Pengerusi Komuniti MADANI, Datuk Robert Lau Hoi Chew; Penghulu Wong Ung serta Kaunselor Justin Wong selaku pengerusi pengelola program.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Saratok bertindak pantas alih pokok tumbang di Jalan Simpang Paip
Next: Kelab Sukan Bermotor 4×4 anjur kempen derma darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.