Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kelvin, Aleysha bakal wakili Sarawak ke Kemuncak Bintang Kecil 2025
  • HIBURAN

Kelvin, Aleysha bakal wakili Sarawak ke Kemuncak Bintang Kecil 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
RAKAM KENANGAN… Pemenang Debaran Bintang Kecik 2025 bergambar bersama tetamu kehormat, penyanyi undangan dan pengacara.

KUCHING: Dua bakat muda menyerlah dalam pertandingan Debaran Bintang Kecil Zon Sarawak baru-baru ini, Kelvin Epoy dari Bintulu dan Aleysha Shareef Van Der Horst dari Kuching diumumkan sebagai juara.

Kelvin dan Aleysha berjaya menambat hati juri dan penonton menerusi persembahan bertenaga serta bakat luar biasa yang ditonjolkan, menewaskan empat peserta lain.

JUARA… Kelvin dan Aleysha muncul juara Debaran Bintang Kecil 2025 sekali gus mewakili Sarawak ke Kemuncak Bintang Kecil 2025 pada September nanti.

Mereka berdua membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000, piala dan sijil. Menerusi kemenangan tersebut, mereka akan mewakili Sarawak ke Kemuncak Bintang Kecil 2025 pada September nanti.

Empat peserta lain yang turut berentap pada pertandingan yang berlangsung di Auditorium P.Ramlee Kuching di sini baru-baru ini ialah Mohamad Abiyy Anshary Muhammad Musyadi (Miri), Ryan Zachery Shareef Van Der Horst (Kuching), Dayang Nur Humaira Awang Amir Mahmud (Kuching) dan Nur Atirah Syahirah Sahibuddin (Kuching).

MERIAH… Kehadiran penonton memeriahkan pertandingan Debaran Bintang Kecil 2025 di Auditorium P.Ramlee Kuching. Foto RTM

Mereka menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM1,000, piala dan sijil. Kesemua hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Penyiaran Sarawak Norjihan Yahya.

Sebelum itu, keenam finalis diberi cabaran mengharungi tiga segmen iaitu solo, mash-up dan  antabangsa.

Menurut Penerbit Bintang Kecil 2025, Nadia Fadila Ali, program tersebut terbukti menjadi sebuah saluran terbaik sebelum ini dan kini dalam usaha mengcungkil dan mengasah bakat kanak-kanak terutama dalam bidang seni suara dan persembahan.

Lebih lima ratus hadir menyaksikan Debaran Bintang Kecil Zon Sarawak bertemakan ‘Metaverse’ ini yang seiring dengan perkembangan semasa pada zaman digital.

Pada masa yang sama, penonton dihiburkan dengan persembahan Ezad Lazim menerusi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar dan Seperti Dulu dan Meera Zada.

Pertandingan Bintang Kecil merupakan anjuran RTM Sarawak dengan kerjasama kerajaan negeri dan ia mula diperkenalkan sejak 1986 di peringkat negeri dan di peringkat ke kebangsaan pula sejak 1998.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Polis buka siasatan insiden Shila Amzah diserang ketika latihan konsert
Next: Temasya OKSHE: Tebingan Kuching jadi tumpuan 18 – 20 Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.