
LIMBANG: Seorang individu awam maut dalam satu kejadian ketika kerja kontraktor bagi projek talian penghantar Medamit–Limbang dijalankan di Medamit, hari ini.
Sepasukan telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi tindakan lanjut.
Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan meluahkan rasa dukacita atas tragedi berkenaan.
“Sarawak Energy amat sedih dengan insiden ini dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga serta orang tersayang mangsa,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, SEB memohon agar orang awam tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih memandangkan siasatan terhadap kejadian masih dijalankan.
Tambah kenyataan itu, keselamatan sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.