Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Warga Mukah berbasikal untuk kesihatan
  • STAIL

Warga Mukah berbasikal untuk kesihatan

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSEDIA… Peserta-peserta Joy Ride Hari Sarawak bersedia untuk berlepas dari tempat letak kereta di Taman Kala Dana Mukah baru-baru ini.

BERBASIKAL pada waktu pagi dan petang, samaada secara individu atau berkumpulan adalah senario biasa di Bandar Mukah semenjak  kebelakangan ini.

Justeru, kemunculan organisasi yang melibatkan aktiviti berbasikal juga menjadi pilihan, dan antara yang

telah mendapat tempat  di kalangan penduduk di daerah progresif Mukah ini ialah Kelab Berbasikal Santai Mukah(KBSM).

Sesuai dengan namanya, ia ditubuhkan sebagai wadah untuk mereka yang berminat dengan aktiviti berbasikal dengan berkonsepkan santai.

Justeru, perkataan ‘Santai’ itu dikatakan sebagai daya tarikan buat ahli-ahli sedia ada, termasuk  mereka yang bakal menyertainya.

Walaupun kebanyakan ahlinya menyatakan penyertaan mereka dalam kelab tersebut hanya ‘suka-suka sahaja’ namun tidak boleh dinafikan ia ada berkaitan dengan kesihatan.

Malah pengasasnya merangkap Presiden KBSM, ASP(Bersara) Jamil  Othman, juga memberi jawapan yang sama dengan menyatakan penubuhannya adalah sebagai platform untuk sesiapa sahaja yang berminat dengan aktiviti berbasikal.

Adalah difahamkan pada peringkat awal ia hanya disertai oleh beberapa orang yang seangkatan usia beliau atau lain kata warga emas, namun, kini ia telah berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai peringkat usia.

“Memang penubuhannya adalah sebagai wadah untuk peminat aktiviti berbasikal secara santai terutama bagi yang sudah berusia seperti saya. Namun kini ia telah berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai peringkat usia untuk menjadi ahli,”  kata Jamil, yang pernah mengasas dan mengetuai Persatuan Berbasikal Bahagian Mukah pada suatu ketika dahulu.

Dia tidak menolak bahawa  aktiviti berbasikal banyak membawa manafaat, dan telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti  senaman yang digalakan dan digemari oleh penduduk tempatan

Semenjak ditubuhkan KBSM telah menganjurkan beberapa program berbasikal yang  bukan hanya mendapat penyertaan dari Bahagian Mukah, dan Negeri dan malah dari Negara luar.

Antaranya ialah Mukah Jamboree Fun Ride, Joy  Ride Sempena Hari Malaysia,  Joy Ride Sempena Hari Kebangsaan, Joy Ride Sempena  Hari Sarawak dan dalam masa yang sama juga memenuhi jemputan program-program lain yang berlangsung di kawasan ini.

Terkini adalah program anjuran  KBSM ialah Santai Joy Ride sempena  Hari Sarawak pada 22 Julai lalu dan juga dianggapkan sebagai  satu-satunya program luar yang  diadakan di Bandar Mukah  pada hari berkenaan.

Justeru, semua basikal yang digunakan diletakkan dengan bendera mini Sarawak untuk melambangkan keceriaan dan peringatan hari yang cukup bermakna bagi seluruh penduduk  Bumi Kenyalang ini.

Aktiviti kayuhan basikal yang  bermula jam 4.30 petang daripada tapak Kaul Mukah( Taman Kala Dana)  ke Kampung Petanak, Kampung Sungai Alo, Kampung Litong dan  berakhir di Penempatan Semula Kuala Lama berkenaan sedikit sebanyak boleh meniupkan semangat kecintaan terhadap Negeri Sarawak di kalangan penduduk tempatan.

 Selepas mangharungi perjalanan  bersifat santai sejauh 30 kilometer, lebih daripada 30 peserta kembali ke rumah Presiden Kelab iaitu ASP Jamil Othman untuk menikmati hidangan ringan, sebelum bersurai.

Walaupun mereka yang terlibat dengan kelab ini tidak menyatakan bahawa faktor kesihatan sebagai pendorong, namun pada hakikatnya, aktiviti berbasikal ini boleh menjurus kearah itu(meningkatkan tahap kesihatan seseorang), sama ada dari segi kesihatan fizikal mahupun mental.

Adalah difahamkan bahawa kebaikan bersenam secara berbasikal menggabungkan latihan fizikal dengan aktiviti luar, disamping meneroka pemandangan  sepanjang  perjalanan dilalui.

Kita  boleh berkayuh solo untuk menghilangkan rasa resah dan risau, ataupun meluaskan jaringan kenalan dengan berkayuh secara berkumpulan.

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, aktiviti berbasikal adalah antara senaman yang direkomenkan kerana berbasikal  boleh membakar kalori antara 400 sehingga 1000 dalam satu jam, bergantung kepada intensiti dan berat pengayuh.

Dalam masa yang sama, ia bukan hanya membakar lemak, ia juga membina otot – terutamanya di sekitar glutes, hamstrings, quads, dan betis, dan beberapa lagi kelebihan dibanding dengan aktiviti fizikal lain.

Oleh Henry Siyu

Continue Reading

Previous: Manik Aren jadi cenderamata hari bahagia
Next: Kuih Angku klasik dan menyelerakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.