Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gunung Buda bakal diangkat sebagai destinasi pelancongan antarabangsa
  • TEMPATAN

Gunung Buda bakal diangkat sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

Utusan Sarawak 1 day ago
INDAH….Gunung Buda bakal jadi destinasi pelancongan antarabangsa.

LIMBANG: Kementerian Pelancongan Sarawak akan bekerjasama dengan Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) untuk membangunkan Gunung Buda sebagai destinasi pelancongan terkemuka di peringkat antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Gunung Buda yang kaya dengan keunikan alam semula jadi merupakan khazanah dunia yang berpotensi tinggi untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Saya memang kenal Gunung Buda dan tahu ia merupakan khazanah alam yang perlu diketengahkan sebagai tarikan utama di bahagian Limbang, seperti mana Kuching mempunyai pelancongan budaya, dan Miri mempunyai Taman Negara Niah dan Mulu.

“Insya-Allah, kita akan atur bersama Perbadanan Hutan Sarawak agar pembangunan Gunung Buda dapat dilaksanakan secara berperingkat,” katanya kepada media selepas merasmikan Program BELIA GoBiz@Limbang 2025 di Dewan Suarah, hari ini.

Menurut beliau, pewartaan Gunung Buda sebagai taman negara akan membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai program pembangunan, termasuk aspek promosi apabila syarikat penerbangan milik Sarawak, Air Borneo, mula beroperasi kelak.

Gunung Buda terletak di bahagian Hulu Medalam, Limbang dan dikenali dengan ekosistem gua batu kapur, flora dan fauna unik serta nilai geologi yang tinggi, menjadikannya berpotensi sebagai produk eko-pelancongan utama di utara Sarawak.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Jelajah jangkauan akan dilaksana sepanjang tahun
Next: Pelajar sekolah digalakkan ambil lesen motosikal melalui Program MyLesen B2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.