Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Inisiatif Tunas Hidro berpaksikan eksperimen rumah, kini bantu golongan B40
  • TEMPATAN

Inisiatif Tunas Hidro berpaksikan eksperimen rumah, kini bantu golongan B40

Utusan Sarawak 18 hours ago
PADSAKORN berkongsi kisah eksperimen hidroponik peribadi beliau yang menjadi inspirasi kepada pelaksanaan program komuniti berimpak tinggi di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Idea ringkas yang tercetus hasil eksperimen peribadi di belakang rumah menjadi inspirasi utama kepada pelaksanaan Inisiatif Tunas Hidro, satu program komuniti berskala besar yang kini memberi manfaat terus kepada golongan B40.

Pengurus Negara PTTEP Malaysia Asset, Padsakorn Suwanruji berkata, kejayaan kecil dalam menanam sayur secara hidroponik di rumah telah mencetuskan ilham untuk dikembangkan sebagai satu inisiatif strategik yang menyokong kelestarian, keselamatan makanan bandar dan pembangunan komuniti.

“Saya pernah melakukan eksperimen hidroponik di rumah hanya menggunakan kotak plastik dan span berdasarkan rujukan dari Google.

“Tidak sangka, hasilnya sangat berjaya. Dari situlah saya kongsikan idea ini kepada pasukan dan terima kasih kepada seluruh pasukan kerana merealisasikan impian ini,” katanya.

PADSAKORN dan Timbalan Pengerusi BDA, Datuk Haidar Khan Asghar Khan menyempurnakan simbolik pelancaran Program Inisiatif Tunas Hidro dan NNF 2025 yang berlangsung di Perpustakaan Awam BDA, Cawangan Kidurong, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Program Inisiatif Tunas Hidro dan Pelihara Alam, Semai Harapan Masa Depan (NNF) 2025 yang berlangsung di Perpustakaan Awam BDA, Cawangan Kidurong, hari ini.

Jelasnya, program itu bukan sahaja memperkenal pertanian moden kepada masyarakat, malah membuktikan bahawa pendekatan mudah seperti hidroponik mampu memperkasa komuniti secara mampan dan inklusif.

“Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen kami bersama komuniti B40 untuk membangunkan kaedah yang mudah, mampu dilaksanakan dan boleh membantu komuniti terus berdikari secara lestari,” ujarnya.

Inisiatif Tunas Hidro turut menjadi sebahagian daripada strategi tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTTEP yang kini berfokus kepada pelaburan mampan dan pembangunan berasaskan impak jangka panjang.

Menurut beliau, PTTEP komited menjadikan program CSR sebagai wadah untuk menghubungkan operasi perniagaan dengan keperluan masyarakat melalui pendidikan, alam sekitar dan pemerkasaan ekonomi komuniti.

Program tersebut melibatkan kerjasama erat antara PTTEP, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Lions Club of Bintulu Kidurong serta Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) yang bertindak sebagai penyedia bimbingan teknikal dan latihan kepada peserta.

Majlis pelancaran turut diserikan dengan dua aktiviti serentak iaitu penanaman pokok dan pengumpulan sisa elektronik sebagai simbol komitmen terhadap penjagaan alam sekitar dan kesedaran kitar semula dalam komuniti.

Inisiatif seumpama itu seiring dengan usaha memperkukuh pembangunan mampan dan sokongan sosial di Bintulu, sekali gus menjadikan program komuniti seperti Tunas Hidro sebagai antara projek signifikan dalam agenda CSR PTTEP di Sarawak.

Oleh Carolyne Utih.

Continue Reading

Previous: Inisiatif Tunas Hidro solusi mampan keselamatan makanan bandar di Bintulu
Next: Bapa naik skuter lipat elektrik jemput anak sekolah curi perhatian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.