Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ahli sains temukan kesan terawal bakteria wabak dari 5,500 tahun dahulu
  • GLOBAL

Ahli sains temukan kesan terawal bakteria wabak dari 5,500 tahun dahulu

Utusan Sarawak 19 hours ago

COPENHAGEN:  Satu kajian besar-besaran mengenai penyakit manusia sejak 37,000 tahun lepas yang melibatkan bakteria berbahaya, virus dan parasit yang dihidapi manusia selama berkurun-kurun, mendedahkan bukti pertama bakteria wabak berlaku kira-kira 5,500 tahun dahulu, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Kajian itu memetakan keseluruhan katalog penyakit berjangkit dengan menganalisis DNA tulang dan gigi daripada 1,313 individu yang hidup di seluruh Eropah dan Asia (Eurasia) dari Zaman Batu Awal, sekitar 12,500 tahun dahulu hingga kira-kira 200 tahun lepas, dengan sampel tertua berusia sehingga 37,000 tahun.

Penyelidik mendapati bukti terawal penyakit zoonotik – penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia – bermula kira-kira 6,500 tahun dahulu dan menjadi lebih meluas kira-kira 1,500 tahun kemudian.

“Kami sudah  lama mengesyaki bahawa peralihan kepada pertanian dan penternakan membuka pintu kepada era baru penyakit. Sekarang, DNA menunjukkan ia berlaku sekurang-kurangnya 6,500 tahun lalu,” kata Profesor Eske Willerslev dari Universiti Cambridge dan Copenhagen.

“Jangkitan ini bukan sahaja menyebabkan penyakit – ia mungkin menyumbang kepada keruntuhan populasi, migrasi dan penyesuaian genetik.”

Kajian itu mengesan kesan genetik tertua dunia bagi Yersinia pestis, bakteria wabak, dalam sampel berusia 5,500 tahun. Wabak itu dianggarkan telah membunuh antara satu perempat hingga separuh populasi Eropah pada Zaman Pertengahan.

Ia juga menemui kesan difteria sejak 11,000 tahun dahulu, hepatitis B sejak 9,800 tahun lepas dan malaria 4,200 tahun lalu. Secara keseluruhan, penyelidik mengenal pasti 214 patogen manusia yang diketahui dalam manusia prasejarah dari Eurasia.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Nature pada Rabu. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: China kendali lebih 100 bilion bungkusan pada 2025
Next: Tragedi feri Bali: 42 mangsa ditemukan, 23 lagi masih dicari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.