Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Niat seorang ibu di sebalik kemenangan untuk hadiahkan basikal buat anak
  • INSPIRASI

Niat seorang ibu di sebalik kemenangan untuk hadiahkan basikal buat anak

Utusan Sarawak 16 hours ago
NUR Syahiirah merakamkan gambar semasa pertandingan diadakan. Foto: Cahaya Iirah Sya.

SARATOK: Niat asal hanya untuk mencuba nasib dan menyasarkan hadiah saguhati dalam Pertandingan Memasak Aneka Spageti sempena Pesta Saratok 2025, namun siapa sangka tuah menyebelahi Nur Syahiirah Sapaie apabila beliau diumumkan sebagai johan pertandingan tersebut.

Menurut Nur Syahiirah, dia menyertai pertandingan itu dengan satu tujuan yang cukup menyentuh hati iaitu mahu menambah wang untuk membeli sebuah basikal baharu buat anaknya, Kakak Wawa.

“Mulanya hanya sasar untuk menang hadiah saguhati sahaja untuk menambah duit untuk membeli basikal Kakak Wawa.

“Saya kuat berdoa agar dapat memenangi pertandingan ini untuk tujuan menampung membeli basikal tersebut. Tidak disangka dapat hadiah johan, rezeki anak,” katanya.

DENGAN kejayaan itu, Nur Syahiirah telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300. Foto: Cahaya Iirah Sya

Menceritakan detik kemenangan, Nur Syahiirah tidak menyangka masakan Spageti Carbona air tangannya yang ringkas dan ikhlas itu berjaya menambat hati para juri sekali gus mengalahkan peserta lain yang turut hebat-hebat belaka.

“Alhamdulillah, Allah beri lebih rezeki untuk Kaka Wawa beli basikal baharu,” jelasnya.

Dengan kejayaan itu, beliau telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300.

Kemenangan Nur Syahiirah menjadi simbol bahawa dengan niat yang tulus, usaha bersungguh-sungguh serta doa yang tidak putus, rezeki yang tidak disangka pasti akan datang jua, lebih-lebih lagi demi kebahagiaan insan tersayang.

Dalam pada itu, kesemua hadiah pemenang Pertandingan Memasak Aneka Spageti sempena Pesta Saratok 2025 telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Pertandingan Aneka Spageti yang diadakan di Gelanggang LAKIS Saratok ini merupakan salah satu pengisian acara penganjuran Pesta Saratok 2025, dengan penyertaan ramai penduduk daripada pelbagai latar belakang yang menampilkan kreativiti dalam hidangan mereka. 

Oleh Adi Safarman

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Ellysha serlah bakat cilik dalam bidang seni, sukan
Next: Dua pelajar Malaysia sertai program Musim Panas CERN di Switzerland

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.