Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mangsa disambar buaya ditemukan satu kilometer dari lokasi hilang
  • KEMALANGAN

Mangsa disambar buaya ditemukan satu kilometer dari lokasi hilang

Utusan Sarawak 7 hours ago
TINDAKAN LANJUT…Mayat mangsa serangan buaya dibawa menggunakan kenderaan polis untuk tindakan lanjut.

LIMBANG: Kehilangan seorang lelaki yang dipercayai disambar buaya ketika memancing di Sungai Kampung Pandam semalam akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan sempurna, petang tadi.

Mangsa, Karim Osman, 58, ditemukan pasukan Bomba Sukarela Kampung Seberang Kedai pada 2.28 petang, kira-kira kurang satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan, berkata mayat mangsa ditemukan di kawasan hilir sungai selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi tadi.

“Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan sempurna dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi media.

Dalam kejadian semalam, Karim dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari memancing di sungai berhampiran kampung. Hanya peralatan memancing miliknya ditemui di tebing sungai, mencetuskan kebimbangan beliau disambar buaya.

Operasi SAR yang dilancarkan sejurus selepas laporan dibuat, diteruskan hingga hari ini dan akhirnya menemui hasil apabila pasukan penyelamat berjaya mengesan mayat mangsa.

Oleh Adeng Edrus

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: SFC hantar pasukan SWAT tangkap buaya ganas di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.