Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mangsa dilihat berada pada mulut buaya sebelum diheret ke dalam sungai
  • KEMALANGAN

Mangsa dilihat berada pada mulut buaya sebelum diheret ke dalam sungai

Utusan Sarawak 13 hours ago
MENUJU TEBING SUNGAI…Orang ramai, saudara dan keluarga mangsa kelihatan memenuhi kawasan tebing Sungai Mengatai. Foto: Penduduk Kampung Pandam

LIMBANG: Mangsa serangan buaya di Kampung Pandam di sini dilihat berada pada bahagian mulut reptila itu sebelum mengheretnya ke dalam sungai.

Mangsa, Karim Osman 58,  dilaporkan turun ke sungai pada 11.00 pagi tadi sebelum dipercayai hilang sekitar 1.00 tengah hari.

Menurut seorang saksi yang juga saudara kepada mangsa, pihak polis telah menemui mangsa di Sungai Mengatai berhadapan kilang papan.

Namun, mangsa masih berada pada sisi mulut buaya sebelum menghilangkan diri ke dalam air.

Bagaimanapun, operasi mengesan mangsa serangan buaya itu dihentikan lewat petang tadi atas faktor keselamatan.

Terdahulu pihak polis bersama pasukan mencari dari agensi kerajaan dan penduduk kampung telah turun ke sungai untuk mencari mangsa.

Orang ramai, sahabat dan keluarga mangsa turut berpusu-pusu ke tebing sungai untuk mencari mangsa sebelum pihak polis mengarahkan operasi pencarian dihentikan sementara berikutan cuaca gelap.

Operasi akan disambung semula pagi esok yang melibatkan pihak berkuasa dan penduduk kampung.

Kampung ini terletak di kawasan pesisir Sungai Limbang yang bersempadan dengan negara Brunei.

Kampung ini boleh diakses dengan perahu atau bot laju dari Limbang  dan kampung ini dihuni masyarakat Melayu dan Iban.

Oleh Adeng Edrus

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera akibat letupan silinder gas MAPP di Miri
Next: Insiden serangan buaya, SFC beri jaminan tindakan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.