Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal cedera kaki tersepit dalam kemalangan
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal cedera kaki tersepit dalam kemalangan

Utusan Sarawak 9 hours ago
TERSEPIT…Pasukan bomba berusaha mengeluarkan kaki mangsa tersepit diantara besi penghadang dan motosikal ditunggangnya yang terbabas. Foto JBPM Sarawak

MIRI: Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila kakinya tersepit antara besi penghadang jalan dan motosikal yang ditungganginya setelah terbabas di Jalan Miri-Bintulu, berhampiran BMC menghala ke Balai Polis Trafik, pagi tadi.

Kaki mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sentral Miri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.49 pagi, sebelum sepasukan anggota dari BBP Sentral Miri dikerahkan ke lokasi yang terletak sekitar dua kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha. Kaki mangsa tersepit di antara motosikal dan besi penghadang jalan seperti dilaporkan.

“Bomba bertindak menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki mangsa sehingga operasi selesai,” katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.

Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.15 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kenderaan terbabas akibat tumpahan minyak atas jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.