Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Agensi cuaca Indonesia keluar amaran ombak besar setinggi 6 meter di perairan Bali
  • GLOBAL

Agensi cuaca Indonesia keluar amaran ombak besar setinggi 6 meter di perairan Bali

Utusan Sarawak 10 hours ago

JAKARTA: Pejabat cawangan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) di Bali mengeluarkan amaran pada Isnin mengenai kemungkinan berlakunya ombak berbahaya setinggi sehingga enam meter yang dijangka menjejaskan aktiviti pelayaran di perairan sekitar Pulau Bali dari Selasa hingga Jumaat, lapor Xinhua.

Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Wilayah di Bali, sebuah unit pelaksana teknikal BMKG, memaklumkan yang ombak besar boleh berlaku di semua kawasan perairan yang mengelilingi Pulau Bali.

Menurut laporan media tempatan, ombak tertinggi iaitu sehingga enam meter, dijangka berlaku di kawasan perairan pantai selatan.

Pusat wilayah itu turut menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan peningkatan kelajuan angin di kawasan berkenaan, yang boleh menghasilkan ombak besar dan menimbulkan risiko serius kepada aktiviti maritim. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Wanita didapati bersalah bunuh bekas keluarga mentua dengan jamu cendawan beracun
Next: 14 cedera dalam kebakaran pusat data di Kaherah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.