Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 116 televisyen pintar disumbang kepada empat sekolah menengah
  • Selatan
  • WILAYAH

116 televisyen pintar disumbang kepada empat sekolah menengah

Utusan Sarawak 1 day ago
MOHAMAD Shafizan Kepli pada Program Sarana Ibu Bapa dan Penyerahan Peranti Digital (Smart TV) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beladin semalam. Foto: Ahli Parlimen Batang Lupar

BELADIN: Empat sekolah menengah di kawasan Parlimen Batang Lupar menerima sumbangan sebanyak 116 unit televisyen pintar (Smart TV) menerusi Program Sarana Ibu Bapa dan Penyerahan Peranti Digital yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beladin, semalam.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, berkata sumbangan tersebut diagihkan seperti berikut: 35 unit untuk SMK Beladin, 35 unit untuk SMK Pusa, 20 unit untuk SMK Lingga, dan 26 unit untuk SMK Sebuyau. Semua unit yang disumbangkan adalah bersaiz 65 inci.

“Sumbangan 116 unit televisyen pintar ini bertujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), menjadikannya lebih menarik, interaktif dan berkesan di bilik darjah.

“Diharapkan ia dapat membantu kemenjadian murid serta menyumbang kepada peningkatan keputusan peperiksaan di keempat-empat sekolah menengah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Shafizan turut menekankan bahawa kerjasama erat antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta komuniti setempat amat penting dalam menangani isu ketidakhadiran pelajar yang semakin membimbangkan, khususnya di SMK Beladin.

“Saya yakin jika semua pihak berganding bahu, isu ini dapat ditangani dengan lebih berkesan dan menyeluruh,” tambahnya.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian insentif kepada pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM sertai gotong-royong MADANI di SK Abang Moh Sessang
Next: Penyertaan pelbagai etnik serlah keunikan Miss BDCF 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.