
XICHANG: China berjaya melancarkan satelit ujian baharu ke angkasa hari ini dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah Sichuan, barat daya China, lapor Xinhua.
Satelit Shiyan-28B 01 dilancarkan pada 5.35 petang waktu Beijing menggunakan roket pembawa Long March-4C dan berjaya memasuki orbit yang ditetapkan.
Satelit ini akan digunakan terutamanya untuk penerokaan persekitaran angkasa dan ujian teknologi berkaitan.
Ini adalah misi penerbangan ke-583 bagi siri roket pembawa Long March.
–Bernama