Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran terus marak di wilayah Izmir, Turkiye
  • GLOBAL

Kebakaran terus marak di wilayah Izmir, Turkiye

Utusan Sarawak 15 hours ago

IZMIR, TURKIYE: Pasukan kecemasan masih bertungkus-lumus memadam kebakaran yang melanda wilayah Izmir, Turkiye dengan penggunaan pesawat dan helikopter diteruskan sehingga malam Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Anadolu Ajansi melaporkan penduduk di tiga kawasan perumahan dipindahkan bagi menjamin keselamatan. 

Kebakaran dipercayai bermula di kawasan ladang sebelum merebak pantas ke hutan berhampiran akibat tiupan angin kencang, menurut kenyataan kerajaan perbandaran Izmir.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kebakaran di wilayah itu mengakibatkan kerosakan besar. 

Agensi Bantuan Bencana dan Kecemasan (Afad) melaporkan bahawa 110 bangunan kediaman di Izmir rosak teruk atau musnah sepenuhnya.

Secara keseluruhan, ratusan kejadian kebakaran dilaporkan di seluruh negara, namun kebanyakannya berjaya dipadamkan.

Wilayah Bilecik di barat Turkiye turut mengalami kerosakan akibat kebakaran.

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 121 bangunan termasuk rumah kediaman, kedai dan bangsal pertanian terjejas. 

Laman berita Birgün melaporkan bahawa lebih 1,000 haiwan dilaporkan terkorban dalam kedua-dua insiden di Izmir dan Bilecik. — Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Feri bawa 65 kru dan penumpang karam di Bali, empat maut
Next: China berjaya lancarkan satelit ujian baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.