Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Feri bawa 65 kru dan penumpang karam di Bali, empat maut
  • GLOBAL

Feri bawa 65 kru dan penumpang karam di Bali, empat maut

Utusan Sarawak 16 hours ago
PASUKAN penyelamat mencari mangsa selepas feri dalam perjalanan ke pulau peranginan Bali karam di Ketapang, Jawa Timur, Indonesia, pada 3 Julai 2025.

JAKARTA:  Sebuah feri yang membawa 12 anak kapal, 53 penumpang dan 22 kenderaan karam di Selat Bali lewat Rabu malam ketika dalam pelayaran dari Jawa Timur ke Bali, menurut pihak berkuasa Indonesia pada Khamis.

Feri KMP Tunu yang berlepas dari Pelabuhan Ketapang di Banyuwangi menuju ke Pelabuhan Gilimanuk di Bali itu mengeluarkan isyarat kecemasan pada 11.20 malam waktu tempatan sebelum karam pada 11.35 malam, menurut Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banyuwangi.

“Isyarat kecemasan diterima dan feri dilihat karam oleh pegawai pemantau pelabuhan,” kata penyelaras SAR Wahyu Setiabudi pada Khamis, seperti dipetik portal berita Kompas.

Pasukan penyelamat bersama digerakkan pada 12.18 tengah malam, namun usaha pemindahan penumpang terjejas akibat keadaan laut bergelora di lokasi terakhir feri berkenaan dikesan.

Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya empat penumpang disahkan maut manakala 14 yang lain berjaya diselamatkan setakat pagi ini.

“Ombak di lokasi kejadian mencecah sehingga 2.5 meter,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Cuaca panas: Guru goreng telur di halaman sekolah di selatan Perancis
Next: Kebakaran terus marak di wilayah Izmir, Turkiye

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.