Eksport kopi Vietnam catat rekod tertinggi pada separuh pertama 2025

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
EKSPORT kopi Vietnam mencatat rekod tertinggi sebanyak AS$5.5 bilion.

HANOI: Eksport kopi Vietnam mencatat rekod tertinggi sebanyak AS$5.5 bilion pada separuh pertama 2025, melepasi sasaran tahunan sebanyak AS$5.4 bilion, menurut Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar pada Rabu, lapor Xinhua.

Lonjakan mendadak dalam nilai eksport itu didorong oleh permintaan kukuh daripada pasaran utama, termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan dan China.

Kementerian itu menyifatkan pencapaian rekod itu disumbang oleh peralihan ke arah produk kopi bernilai tinggi seperti kopi yang diproses secara mendalam, kopi istimewa dan kopi segera.

Hasil eksport kopi Vietnam diunjur mencecah AS$7.5 bilion menjelang akhir tahun ini, meningkat sekitar 37 peratus berbanding 2024, sekali gus menjadi pertumbuhan tahunan tertinggi pernah dicatatkan bagi industri kopi negara itu, menurut kementerian berkenaan. – Bernama

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,