Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS naik taraf tandas awam sokong pelancongan, pembangunan lestari
  • TEMPATAN

MBKS naik taraf tandas awam sokong pelancongan, pembangunan lestari

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Wee Hong Seng melakukan penyerahkan tapak baru-baru ini.

KUCHING: Tandas awam di Taman Padungan akan dinaik taraf di bawah peruntukan BP1 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam mempertingkatkan infrastruktur awam demi menyokong pelancongan, pemeliharaan warisan serta pembangunan bandar yang lestari.

Majlis penyerahan tapak telah diadakan baru-baru ini sebagai tanda permulaan kerja naik taraf. 

Hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng bersama Timbalan Datuk Bandar Dato Zaeidi Suhaili. 

Turut hadir ialah ahli-ahli majlis MBKS Chai Ju Long, Judy Kho dan Eric Tay Tze Kok serta pegawai-pegawai kanan MBKS.

Projek naik taraf tersebut dijadualkan bermula serta-merta selepas penyerahan tapak dilakukan.

Tandas awam ini terletak di tengah kawasan bersejarah Padungan, salah satu kawasan kejiranan tertua di Kuching yang berusia lebih 100 tahun. 

Kawasan ini sering dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara, terutamanya kerana lokasinya yang ikonik iaitu patung kucing putih yang menjadi mercu tanda popular untuk bergambar.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Padungan turut mengalami perubahan positif dengan pembukaan pelbagai premis makanan dan minuman baharu yang mencerminkan identiti kulinari unik Kuching. 

Selaras dengan pengiktirafan bandar raya Kuching sebagai salah satu Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO, usaha mempertingkatkan kemudahan awam dilihat penting bagi menyokong jenama tersebut.

“Projek ini mungkin kecil pada pandangan mata kasar tetapi impaknya besar dalam memperkukuhkan imej Padungan sebagai destinasi mesra pelancong yang mampan,” kata Dato Wee.

Menurut beliau, MBKS komited dalam membangunkan infrastruktur yang bukan sahaja memenuhi keperluan masa kini tetapi turut menghormati nilai sejarah dan identiti tempatan.

Inisiatif ini mencerminkan visi lebih luas MBKS dalam membina bandar yang selesa didiami, inklusif serta peka terhadap kelestarian alam sekitar, selain menyediakan perkhidmatan dan kemudahan berkualiti terutama di kawasan bernilai warisan dan pelancongan tinggi.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Exclusive: The comfortable air-con bus ride
Next: Michael Kong urges immediate action over suspected pipe leakage at Lorong 15, Jalan Stampin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.