Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi Unimas, Sejarawan Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi Unimas, Sejarawan Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Ja’afar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat delegasi Unimas dan sejarawan Sarawak di Astana Negeri, hari ini. Foto Astana Negeri

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bersama tokoh sejarawan Sarawak dalam satu sesi pertemuan di Astana Negeri Sarawak, pada 11.00 pagi.

Delegasi Unimas diketuai oleh Naib Canselor Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit, yang hadir bersama barisan pengurusan tertinggi universiti termasuk Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr. Fitri Suraya Mohamad Hapni @ Jobli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr. Siti Noor Linda Taib, Dr. Kiky Kirina Abdillah dan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Delegasi sejarawan pula diketuai oleh Datu Dr. Sanib Said bersama tokoh sejarah lain antaranya Dr. Ipoi Datan mantan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Dr. Nur Auni Hamdan, Dr. Emyzul Ismail, Azuan Jemat, Hakim Suhardi dan Azam Azni.

Turut hadir mewakili Unimas ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr. Fitri Suraya Mohamad Hapni @ Jobli Profesor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Dr. Siti Noor Linda Taib dan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Dr. Kiky Kirina Abdillah.

Manakala delegasi sejarawan dan penyelidik pula diketuai oleh Datu Dr. Sanib Said, Tokoh Sejarawan Sarawak hadir bersama barisan sejarawan termasuklah Dr. Ipoi Datan, mantan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Dr. Nur Auni Hamdan, Dr. Emyzul Ismail, Encik Azuan Jemat, Encik Hakim Suhardi dan Encik Azam Azni.

Pertemuan tersebut membincangkan inisiatif penyelidikan sejarah Sarawak yang sedang dijalankan Unimas serta cadangan penubuhan sebuah pusat penyelidikan khusus bagi sejarah negeri, termasuk penulisan dan penerbitan karya ilmiah yang mengangkat tokoh Sarawak yang belum mendapat perhatian sewajarnya.

Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan kepada pihak Unimas dan para penyelidik atas usaha mereka dalam melestarikan sejarah dan warisan Sarawak.

Beliau menekankan bahawa dokumentasi sejarah yang tepat, berwibawa dan berdasarkan fakta adalah penting untuk kefahaman generasi akan datang.

Sesi yang berlangsung dalam suasana mesra itu turut membuka ruang kepada kerjasama lebih erat antara institusi akademik dan pakar sejarah, selaras dengan usaha memperkasa identiti negeri Sarawak dalam era pembangunan moden. – Astana Negeri Sarawak

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: India hasrat permudah permohonan OCI bagi masyarakat India Malaysia – Pesuruhjaya Tinggi
Next: Kemajuan teknologi mampu tangani ancaman deepfake – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.