Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran belukar berhampiran sekolah berjaya dikawal
  • KEBAKARAN

Kebakaran belukar berhampiran sekolah berjaya dikawal

Utusan Sarawak 1 day ago
PADAM KEBAKARAN…Pasukan bomba memadamkan kebakaran belukar di sini, semalam. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Kebakaran belukar seluas hampir tiga hektar berhampiran sekolah rendah di sini berjaya dikawal dalam tempoh kurang sejam, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 12.44 tengah hari.

“Sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai, segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan kami mendapati kebakaran belukar sedang berlaku berhampiran kawasan sekolah,” katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu unit nozel, satu unit pam angkut, dan satu aliran sepanjang 300 kaki.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.31 petang dan operasi ditamatkan pada 1.54 petang,” ujarnya.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas warga SMK Medamit selamatkan asrama dari musnah terbakar
Next: Aktiviti pembakaran terbuka cetus kebakaran belukar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.