Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SIESF 2025 platform perpaduan belia digital serantau
  • SUKAN

SIESF 2025 platform perpaduan belia digital serantau

Utusan Sarawak 1 day ago
TAHNIAH…Joshua Ting Fu Ying merakam kenangan bersama pemenang yang memenangi acara PUBG mobile, petang semalam.

SIBU: Festival E-Sukan Sibu (SIESF) dicadangkan untuk dimasukkan dalam senarai acara rasmi kempen pelancongan negara, Visit Malaysia 2026, sebagai langkah memperkukuh tarikan pelancongan berasaskan digital, kreatif dan belia di Sarawak.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Ying, berkata beliau akan mengemukakan cadangan rasmi berhubung perkara itu kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

“Kementerian amat menyokong penganjuran acara seperti ini kerana ia bukan sahaja mampu menarik kehadiran pelancong, malah membuka ruang kepada usahawan tempatan, memupuk semangat kesukanan, serta mengangkat industri kreatif dan digital negara ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan SIESF 2025 yang berlangsung di Stadium Tertutup Sibu, semalam.

Menurut Ting, SIESF 2025 bukan sekadar kejohanan e-sukan, tetapi merupakan platform perhimpunan komuniti belia dan digital serantau yang melibatkan hampir 2,000 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk Thailand dan Semenanjung Malaysia.

“Penganjuran ini membuktikan potensi besar yang dimiliki oleh Sibu untuk berkembang sebagai hab pelancongan sukan digital di Wilayah Tengah Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada penganjur utama festival iaitu Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian Sibu (DTTG) dan Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Sibu (SDESA) serta agensi kerajaan yang terlibat atas komitmen dan dedikasi memastikan kejayaan acara tersebut.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta. Menang atau tidak, anda adalah juara sebenar dari segi disiplin, semangat kesukanan dan komitmen tinggi dalam bidang yang kian berkembang pesat ini,” tambahnya.

Ting turut menyuarakan harapan agar SIESF akan terus dianjurkan pada masa hadapan dengan skala yang lebih besar serta mendapat pengiktirafan rasmi di peringkat nasional menerusi Visit Malaysia 2026.

Turut hadir Ketua Seksyen Perancangan Strategik dan Pemantauan Pelaksanaan Projek, Pejabat Residen Bahagian Sibu yang juga Setiausaha DTTG Sibu, Maria Nadja Jimmy serta Presiden SDESA, Abdul Taib Rosli.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pasukan Rebak dari Debak muncul juara Pertandingan Pangkah Gasing
Next: Guardiola sependapat, tidak terkejut dengan kritikan Klopp

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.