
SIBU: Persatuan Juruteknik Kenderaan Sibu dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu akan menganjurkan kempen derma darah kali ketiga pada 5 Julai ini.
Menurut kenyataan hari ini, kempen diadakan di bangunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sibu, Jalan Awang Ramli Amit bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Objektif penganjuran kempen ialah sebagai usaha membantu pihak Bank Darah mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempe derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman