Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka kematian akibat COVID-19 di Bangladesh cecah 22 orang
  • GLOBAL

Angka kematian akibat COVID-19 di Bangladesh cecah 22 orang

Utusan Sarawak 1 day ago

DHAKA: Bangladesh pada Sabtu merekodkan dua lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kematian setakat bulan ini meningkat kepada 22 orang, lapor Xinhua.

Negara itu pada 5 Jun lepas merekodkan kematian pertama akibat COVID-19 tahun ini apabila seorang lelaki meninggal dunia akibat penyakit berjangkit itu di ibu negara Dhaka.

Bangladesh turut merekodkan tujuh kes baharu COVID-19 dengan kadar positif ujian harian melonjak kepada 3.87 peratus dalam tempoh 24 jam sehingga 8 pagi Sabtu waktu tempatan. 

Data rasmi menunjukkan sebanyak 174 sampel diuji dalam tempoh 24 jam lalu.

Berikutan peningkatan semula jangkitan COVID-19 di beberapa negara jiran, kerajaan sementara Bangladesh telah meminta rakyatnya untuk mengelakkan perjalanan ke destinasi berkenaan melainkan jika benar-benar perlu.

Pihak berkuasa di Bangladesh juga telah mengarahkan jabatan berkaitan untuk mempertingkatkan langkah saringan kesihatan dan pemantauan di semua pintu masuk bagi membendung penularan jangkitan.– BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Mahkamah Jerman putuskan ‘coklat Dubai’ mesti berasal dari Dubai
Next: Roket H2A terakhir Jepun berjaya dilancarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.