Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiang elektrik patah hempap kenderaan di Rumah Maling Nyapang
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiang elektrik patah hempap kenderaan di Rumah Maling Nyapang

Utusan Sarawak 1 day ago

DIKEJUTKAN….Kejadian beberapa tiang elektrik milik SEB yang patah dan menghempap beberapa kenderaan di hadapan Rumah Maling Nyapang di Sungai Maong, Jalan Kanowit-Durin, malam tadi.

KANOWIT: Penduduk Rumah Maling Nyapang di Sungai Maong, Jalan Kanowit-Durin, dikejutkan dengan kejadian beberapa tiang elektrik milik Sarawak Energy Berhad (SEB) yang patah dan menghempap beberapa kenderaan di hadapan rumah panjang mereka, malam tadi.

Menurut Penasihat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Maling, Henry Jugah, insiden tersebut mengakibatkan kerosakan terhadap beberapa buah kereta dan kenderaan pacuan empat roda yang diparkir di kawasan tersebut.

“Kejadian ini benar-benar mengejutkan. Saya telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit untuk bantuan memotong pokok durian yang tumbang dan menghempap tiang elektrik SEB. Pihak SEB juga telah diminta hadir ke lokasi bagi tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, walaupun insiden itu melibatkan kerugian harta benda, pihaknya bersyukur kerana tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Setakat pagi tadi, pasukan teknikal SEB telah memulakan kerja-kerja pemulihan termasuk pemasangan tiang elektrik baharu bagi memulihkan bekalan ke kawasan yang terjejas.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penutupan rasmi festival Maal Hijrah 1447H warnai perkarangan Masjid Jamek
Next: Mangsa kebakaran Pekan Sangan terima bantuan tunai RM9,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.