Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan kaum cerminan keunikan Sarawak – Abdul Karim
  • TEMPATAN

Perpaduan kaum cerminan keunikan Sarawak – Abdul Karim

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap pada majlis Ngiling Tikai Peringkat Daerah Asajaya 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Kampung Sampun Jugu, semalam. -Foto UKAS

ASAJAYA: Kepelbagaian budaya dan sambutan perayaan agama oleh pelbagai kaum di Sarawak merupakan keunikan yang perlu dipelihara dan dijadikan asas kepada keharmonian serta kemakmuran negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian ketika berucap pada majlis Ngiling Tikai Peringkat Daerah Asajaya 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Kampung Sampun Jugu, semalam.

“Setiap bangsa dan agama ada sambutannya seperti Gawai, Krismas, Aidilfitri. Apabila kita saling menghormati, Sarawak akan terus aman dan makmur,” ujarnya.

Abdul Karim berkata, perpaduan yang ditonjolkan melalui majlis seperti ini, dengan kehadiran pelbagai kaum duduk bersama, adalah identiti Sarawak yang wajar dikekalkan.

Majlis anjuran Pejabat Daerah Asajaya itu turut menandakan penutupan rasmi sambutan Gawai Dayak di peringkat daerah dan diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang.

Dalam ucapannya, Abdul Karim turut memuji keharmonian masyarakat Asajaya meskipun bilangan komuniti Dayak dan Cina masing-masing sekitar 10 peratus.

“Namun, mereka tetap memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat bersatu dan membangun bersama,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai masa depan Asajaya yang kini menjadi sebahagian daripada lingkaran pembangunan Bandar Raya Kuching, serta potensi kawasan seperti Tanjung Embang yang bakal menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi luar bandar.

“Jika pelan diteruskan, jambatan akan dibina dari Tanjung Embang ke dua pulau buatan, seterusnya ke Tambirat dan Sambir. Kawasan ini berpotensi menjadi bandar satelit,” katanya lagi.

Menurutnya, sektor pertanian dan perikanan di Asajaya juga memainkan peranan penting sebagai penyumbang utama makanan kepada Kuching dan ekonomi tempatan.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, Timbalan Residen Bahagian Samarahan, Rais Ahmat, Pegawai Daerah Asajaya, Jerry Zannuddin Bidin serta pemimpin masyarakat daripada pelbagai kaum. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perpaduan dalam PBB elemen asas kekal teguh, berdaya saing
Next: PELASAR diiktiraf wadah memperkasakan belia Dayak, pelihara warisan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.