Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kampung Batu Mumong Atas bakal miliki dewan baharu, projek lorong siap sepenuhnya
  • Selatan
  • WILAYAH

Kampung Batu Mumong Atas bakal miliki dewan baharu, projek lorong siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 18 hours ago
AWLA Dris ketika berucap pada majlis Ngiling Tikai di Kampung Batu Mumong Atas, semalam. -Foto UKAS

SIMUNJAN: Penduduk Kampung Batu Mumong Atas bakal mencipta sejarah tersendiri apabila kampung itu diumumkan akan memiliki dewan sendiri menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 berjumlah RM200,000.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris ketika menghadiri majlis Ngiling Tikai yang berlangsung dalam suasana penuh adat dan kemeriahan di kampung berkenaan, semalam.

Menurut Awla, projek pembinaan dewan yang telah lama dinanti-nantikan itu dijangka dimulakan tahun ini sekiranya tiada sebarang halangan.

“Syukur, kerajaan Sarawak melalui RTP 2025 telah meluluskan peruntukan RM200,000 bagi pembinaan dewan baharu Kampung Batu Mumong Atas. Kalau tiada aral, projek ini akan bermula tahun ini juga,” katanya.

Beliau menegaskan, inisiatif tersebut membuktikan komitmen kerajaan negeri di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperkasakan masyarakat luar bandar, bukan hanya dari segi ekonomi tetapi juga kemudahan sosial dan infrastruktur.

“Kerajaan amat memahami keperluan luar bandar, termasuk penyediaan ruang komuniti untuk beraktiviti dan merancang masa depan bersama. Dewan ini akan menjadi pusat interaksi, majlis rasmi serta aktiviti kebudayaan,” ujarnya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan kegembiraan apabila projek laluan lorong ke lorong di kampung tersebut telah siap sepenuhnya dan kini memberi manfaat besar kepada penduduk.

“Tahun lepas kita sambut Gawai dalam keadaan becak dan berlumpur. Tapi malam ini, suasana berubah. Meja dan kerusi boleh disusun rapi, tiada lagi masalah lumpur. Saya amat gembira melihat hasilnya,” katanya.

 “Saya akan pastikan semua kampung di Simunjan memiliki kemudahan asas seperti dewan komuniti,” tambah beliau.

Majlis tersebut turut diserikan dengan upacara tradisional ‘Ngetas Ranyai’ dan ‘Ngiling Tikai, menandakan penutup rasmi perayaan Gawai Dayak di kampung tersebut.

Selesai majlis di Kampung Batu Mumong Atas, Awla bersama rombongan meneruskan sambutan Gawai di Dewan Kampung Temiang bersama komuniti setempat. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ngiling Bidai perkukuh perpaduan, warisan budaya di Rumah Baling
Next: BBP Bintangor laksana pemeriksaan lima pili bomba, semua berfungsi baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.