Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 68 murid sertai Pertandingan Badminton Piala Datuk Ding di Bintangor
  • SUKAN

68 murid sertai Pertandingan Badminton Piala Datuk Ding di Bintangor

Utusan Sarawak 16 hours ago
UNTUK ALBUM…ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama para peserta.

BINTANGOR: Seramai 68 murid menyertai Pertandingan Badminton Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun (TKB) Piala Datuk Ding Kuong Hiing yang berlangsung di Dewan Masyarakat Bintangor, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, pertandingan julung kali itu terbuka kepada semua sekolah rendah di Daerah Meradong, dengan penyertaan 49 peserta lelaki dan 19 perempuan daripada 14 sekolah.

“Kejohanan ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan murid, malah menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan badminton,” katanya semasa merasmikan pertandingan tersebut.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Badminton Bintang Jaya dan Kelab Badminton Meradong dengan sokongan pelbagai pihak.

Ding turut berharap lebih banyak sekolah akan menyertai edisi akan datang.

Beliau turut menasihatkan peserta agar tidak terlalu fokus pada kemenangan, sebaliknya menjadikan penyertaan ini sebagai peluang belajar dan membina semangat kesukanan.

Sebagai sokongan, beliau mengumumkan sumbangan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM3,000 masing-masing kepada Kelab Badminton Meradong dan Kelab Beat Team Meradong.

Turut hadir Pengerusi Kelab Badminton Meradong, Ung Sing Kiong, Pengerusi Kelab Badminton Bintang Jaya, Ley Chee Hua, Setiausaha yang juga Pengerusi Pengelola, Yong Zinn Horng, wakil Saberkas Meradong, Abang Husen dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong, Yii Hung Onn.

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kejohanan Futsal DUN Tamin perkukuh semangat kesukanan belia
Next: Lebih 200 peserta sertai Cabaran Muaythai Antarabangsa Bintulu edisi ke-3

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.