Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angkasawan pertama India, Hungary dan Poland tiba di ISS
  • GLOBAL

Angkasawan pertama India, Hungary dan Poland tiba di ISS

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR tangkap layar daripada siaran NASA+ pada 26 Jun 2025 ini turut menunjukkan kru Misi Axiom 4 di dalam modul Harmony Stesen Angkasa Antarabangsa tidak lama selepas berlabuh dengan kapal angkasa SpaceX Dragon. Di tengah gambar, Komander Peggy Whitson dan Pakar Misi Slawosz Uznanski-Wisniewski dilihat berpelukan. Foto AFP

NEW YORK: Buat pertama kali, seorang warga India, Hungary dan Poland tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kapsul Crew Dragon yang membawa ketiga-tiga angkasawan bersama bekas angkasawan NASA Peggy Whitson berlabuh di ISS pada Khamis pada 1031 GMT, menurut agensi angkasa AS, NASA.

Kapsul itu dilancarkan dari Cape Canaveral Space Force Station di Florida menggunakan roket Falcon 9 yang dikendalikan syarikat angkasa lepas milik Elon Musk, SpaceX, kurang 30 jam sebelum itu. 

KRU Axiom, dari kiri ke kanan yang memakai sut gelap, terdiri daripada Komander Peggy Whitson, Juruterbang Shubhanshu Shukla, Pakar Misi Tibor Kapu, dan Pakar Misi Slawosz Uznanski-Wisniewski. Foto AFP

Misi Ax-4 itu telah ditangguhkan beberapa kali akibat masalah teknikal pada roket dan ISS. Ini merupakan misi angkasa komersial keempat untuk Axiom Space yang berpangkalan di Houston, dengan kerjasama NASA dan SpaceX.

Walaupun Whitson pernah beberapa kali ke angkasa lepas, ini merupakan penerbangan pertama bagi tiga angkasawan amatur berkenaan.

Shubhanshu Shukla dari India berkhidmat dengan tentera udara negaranya manakala Tibor Kapu dari Hungary dan Slawosz Uznanski-Wisniewski dari Poland adalah jurutera.

ROKET SpaceX Falcon 9 bersama kapal angkasa Dragon berlepas dari Kompleks Pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy NASA sebelum pelancaran Misi Axiom oleh Axiom Space pada 25 Jun 2025 di Cape Canaveral, Florida. Foto AFP

Rakyat dari ketiga-tiga negara itu pernah berada di angkasa lepas sebelum ini menerusi misi Soyuz Rusia pada 1970-an dan 1980-an, tetapi ini kali pertama mereka berada di ISS.

Kru misi Ax-4 dijadual berada di ISS selama kira-kira dua minggu dan akan mengambil bahagian dalam pelbagai eksperimen saintifik.

Turut berada di ISS ketika ini ialah angkasawan NASA Nicole Ayers, Anne McClain dan Jonny Kim; angkasawan Jepun Takuya Onish; serta angkasawan Rusia Kirill Peskov, Sergei Ryzhikov dan Alexei Zubritsky.

Menurut laporan media, kos penerbangan seperti itu dianggarkan sekitar AS$80 juta bagi setiap penumpang. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Keluarga kecam operasi menyelamat Juliana lambat
Next: Rumah percutian, hutan musnah dalam kebakaran dekat Athens

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.