
LONDON: Liverpool mengumumkan yang mereka sudah menandatangani pemain pertahanan Bournemouth, Milos Kerkez dengan nilai 40 juta pound (RM232.58 juta).
Pemain berusia 21 tahun yang menandatangani kontrak lima tahun itu menjadi pemain ketiga yang diikat juara Liga Perdana Inggeris berkenaan pada jendela pemindahan ini selepas Jeremie Frimpong dan Florian Wirtz.
Pertahanan Jerman, Wirtz memecahkan rekod bayaran kelab yang dilaporkan bernilai 116 juta pound (RM674.48 juta).
“Saya sangat gembira,” kata pemain kebangsaan Hungary itu.
“Ia satu penghargaan buat saya, satu penghormatan untuk bermain dengan salah sebuah kelab terbesar di dunia, terbesa di England. Saya begitu gembira dan teruja.
“Selepas ini, saya akan pulang ke rumah dan menikmati masa di sana dan kemudian saya pastinya tidak sabar untuk kembali dan menyarungkan ‘kit’ latihan dan mula berlatih dan bersiap sedia untuk musim seterusnya.”
Kerkez membuat 74 penampilan bersama Bournemouth selepas menyertai kelab berkenaan dari AZ Alkmaar dua tahun lalu dan meledak dua gol.
“Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua,” katanya. – AFP