Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air berlarutan, paip baharu 10.1 km diluluskan di Jagoi-Bratak
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air berlarutan, paip baharu 10.1 km diluluskan di Jagoi-Bratak

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Henry Harry Jinep semasa Sidang Media Isu Gangguan Bekalan Air Terawat di Daerah Bau, di Pejabat Daerah Bau, hari ini.

BAU: Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep, memberi perhatian serius terhadap gangguan bekalan air terawat di kawasan Jagoi, Bratak dan sekitarnya yang bermula penghujung 2024.

Beliau menegaskan bahawa masalah yang memberi kesan kepada kesejahteraan penduduk di Stass, Serikin, Gumbang, Tringgus dan sekitarnya telah dipantau rapi bersama pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

“Saya menghargai segala usaha yang telah dijalankan termasuk pelaksanaan Step Test bagi pengesanan aktif kebocoran paip, kerja baik pulih, penghantaran air ke kampung terjejas dan pemasangan logger untuk memantau tekanan serta aliran air,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Isu Gangguan Bekalan Air Terawat di Daerah Bau, di Pejabat Daerah Bau, hari ini. 

Masalah mula dikesan apabila paras air di tangki imbangan Stass menurun ketara sejak Disember 2024, dan kebocoran paip utama 350 mm bawah tembok gabion di Stass pada Februari lalu dikenal pasti selepas ujian khas.

Walau pembaikan sementara berhasil, gangguan kembali berlaku pada April 2025. Tekanan dari tangki Sebuku ke stesen pam Penjiru turut dikenal pasti sebagai faktor kerana paip sedia ada beroperasi pada kapasiti maksimum.

Sebagai langkah jangka panjang, JBALB telah meluluskan projek menaik taraf paip HDPE 355 mm sepanjang 10.1 km dari simpang lampu isyarat Bau ke stesen Pam Penjiru.

Tender untuk projek ini kini dalam fasa akhir penyediaan dokumen, dijangka menyelesaikan masalah bekalan air di Jagoi, Serikin, Gumbang dan kawasan sekitarnya.

Dato Henry menggesa penduduk agar bersabar dan memberi kerjasama kepada pelaksana, sambil menegaskan komitmen kerajaan Sarawak untuk menyelesaikan isu ini segera demi kebajikan rakyat.

Sementara itu, langkah jangka pendek seperti pencarian kebocoran baharu dan penghantaran air ke kampung terjejas akan terus dilaksanakan sehingga sistem bekalan kembali stabil sepenuhnya.

Oleh Adele Rissa

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 373kg sampah dikumpul di Pantai Tanjung Batu
Next: Anak buaya tersesat dalam parit berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.