Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Presiden Republik Kyrgyz lawat Parlimen Malaysia
  • SEMASA

Presiden Republik Kyrgyz lawat Parlimen Malaysia

Utusan Sarawak 9 hours ago
PRESIDEN Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov hari ini melawat Parlimen Malaysia di sini sebagai sebahagian daripada program lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov hari ini melawat Parlimen Malaysia di sini sebagai sebahagian daripada program lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia.

Zhaparov yang tiba di bangunan Parlimen pada 1.15 tengah hari diiringi Menteri Kerja Raya Datuk Alexander Nanta Linggi, meluangkan masa hampir satu jam mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Presiden Zhaparov dan delegasi beliau kemudiannya dibawa melawat sekitar bangunan Parlimen.

Johari dalam kenyataan dikeluarkan Parlimen Malaysia berkata pelbagai perkara berkepentingan bersama dibincangkan pada pertemuan berkenaan termasuk pendidikan, kebudayaan, pertukaran rakyat serta amalan tadbir urus yang baik.

Beliau berkata diplomasi Parlimen penting dalam memperluas jalinan strategik Malaysia dengan negara Asia Tengah selain mencadangkan agar pertukaran mahasiswa Kyrgyz-Malaysia dilaksanakan bagi membangunkan kepimpinan muda Islam serta memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

Johari turut menyatakan kesediaan Parlimen Malaysia untuk memperkukuh inisiatif bersama merangkumi pengukuhan tadbir urus dan institusi Parlimen, pertukaran penyelidik dan akademik, dialog antara agama dan dasar serta latihan petugas serta pendigitalan sistem Parlimen.

Pada pertemuan itu, Zhaparov turut memaklumkan mengenai pembaharuan institusi Parlimen di Republik Kyrgyz serta menyambut baik penubuhan Kumpulan Persahabatan Parlimen Malaysia-Asia Tengah sebagai platform keterlibatan yang berterusan dan bermakna.

Terdahulu, Zhaparov yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi dua hari diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra hari ini diikuti mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Pada 2024, Republik Kyrgyz merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai RM40 juta (AS$8.74 juta).

Antara eksport utama Malaysia ke republik berkenaan termasuk produk elektrik dan elektronik, minyak sawit, produk pertanian berasaskan minyak sawit dan jentera, manakala import utama Republik Kyrgyz terdiri daripada bahan kimia dan produk kimia, produk elektrik dan elektronik serta makanan diproses.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu warga Pakistan peroleh kad pengenalan tular semula, tindakan telah diambil – JPN
Next: Sarawak perkukuh agenda hijau di peringkat global melalui WEF New Champions 2025 di Tianjin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.