Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PUSPANITA lancar skuad sukarelawan untuk misi bantuan bencana, krisis
  • SEMASA

PUSPANITA lancar skuad sukarelawan untuk misi bantuan bencana, krisis

Utusan Sarawak 15 hours ago
ISTERI Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bergambar bersama selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita (MAP) Kali Ke-43 di Puspanitapuri, hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Maheran Jamil. – Foto Bernama

PUTRAJAYA: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) hari ini melancarkan Skuad Sukarelawan Puspanita, satu inisiatif baharu bagi memperkukuh penglibatan penjawat awam wanita dalam kerja-kerja kemanusiaan dan bantuan semasa bencana.

Penaung PUSPANITA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penubuhan skuad berkenaan diyakini mampu memberi impak signifikan kepada golongan memerlukan, selari dengan teras Ihsan dan Hormat dalam kerangka Malaysia MADANI.

“Skuad ini merupakan inisiatif terkini oleh PUSPANITA yang akan menumpukan kepada kerja-kerja sukarelawan dengan kerjasama pihak-pihak berwajib dan komuniti.

“Kita mahukan lebih ramai ahli PUSPANITA dapat memberikan komitmen untuk sama-sama berbakti kepada rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PUSPANITA ke-43 serta pelancaran Skuad Sukarelawan PUSPANITA di sini hari ini.

Beliau berkata penjawat awam wanita kini memainkan peranan semakin signifikan dalam sektor awam, termasuk dalam penggubalan undang-undang, pembangunan dasar dan tadbir urus negara.

 “Kita kini mempunyai lebih 30 peratus wanita yang memegang jawatan pembuat keputusan dalam sektor awam. Justeru, sokongan padu daripada semua pihak amat penting bagi memastikan setiap agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan berintegriti,” katanya.

Dr Wan Azizah turut menyeru penjawat awam wanita agar bersedia menghadapi cabaran era digital serta memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memudahkan urusan kerja dan peribadi.

“Dunia kini bergerak pantas dan kemajuan teknologi telah mengubah cara kita bekerja, berfikir, berkomunikasi, menguruskan keluarga serta membesarkan anak-anak. Kita tidak boleh ketinggalan.

“Pada masa yang sama, ambillah masa untuk memahami, memantau dan mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan diri kita, anak-anak, keluarga dan rakan sekerja tidak terpengaruh dengan kesan negatif kemajuan teknologi,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara yang juga Penasihat PUSPANITA Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Yang Dipertua PUSPANITA Puan Sri Maheran Jamil, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Shukor Mahmood, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nasriah Darus serta lebih 500 perwakilan Puspanita. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi kurnia Pingat, Darjah Kebesaran kepada 141 penerima
Next: 11 syarikat pengendali kenderaan barangan, 17 syarikat bas ekspres miliki saman tertunggak tertinggi – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.