Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 155 mahasiswa UiTM Cawangan Sarawak adakan persidangan di DUN Sarawak
  • PENDIDIKAN

155 mahasiswa UiTM Cawangan Sarawak adakan persidangan di DUN Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
FOKUS… Antara mahasiswa UiTM Cawangan Sarawak terlibat dalam Program Parlimen Mahasiswa Penggal Ketiga Siri 1 diadakan di DUN Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Seramai 155 mahasiswa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak mengambil bahagian dalam Program Parlimen Mahasiswa Penggal Ketiga Siri 1 yang diadakan pada 25 hingga 26 Jun 2025.

Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Sarawak ini telah berlangsung buat pertama kali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, sekali gus menawarkan pengalaman eksklusif dan istimewa kepada para mahasiswa.

Peserta program merupakan presiden dan timbalan presiden daripada pelbagai persatuan mahasiswa di UiTM Cawangan Sarawak, yang berpeluang merasai suasana sebenar sesi perbahasan ala parlimen menerusi simulasi yang interaktif serta sarat dengan maklumat.

Matlamat utama persidangan ini adalah untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada mahasiswa tentang proses serta suasana sebenar persidangan parlimen, di samping melahirkan mahasiswa yang peka dan prihatin terhadap sistem demokrasi negara.

Selain itu, program ini turut memberikan impak yang signifikan dalam usaha melahirkan modal insan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan kemajuan negara pada masa hadapan.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar. Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Sarawak Dr Firdaus Abdullah. – UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Perkukuh komitmen pendidikan masa depan menerusi Inisiatif 2025
Next: Guru wira sejati bentuk masa depan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.