Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa meningkat pada sesi pembukaan
  • BISNES

Bursa meningkat pada sesi pembukaan

Utusan Sarawak 18 hours ago
FOTO Bernama

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street berikutan sentimen yang lebih baik dalam situasi ketegangan di Asia Barat yang mereda, kata penganalisis.

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.58 peratus atau 8.84 mata kepada 1,523.13 daripada 1,514.29 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.38 mata kepada 1,518.67.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan 232 kaunter untung mengatasi 78 kaunter rugi. Sebanyak 217 kaunter tidak berubah, 1,916 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 152.14 juta saham bernilai RM102.19 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota, kenaikan Wall Street didorong oleh petunjuk ketegangan geopolitik yang mereda dan isyarat kadar faedah rendah daripada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), yang meningkatkan sentimen pelabur.

“Pengumuman Presiden AS Donald Trump bahawa gencatan senjata antara Israel dan Iran ‘mula berkuat kuasa’ meningkatkan optimisme walaupun terdapat dakwaan pelanggaran serta-merta oleh kedua-dua pihak.

“Berdasarkan gencatan senjata dan kenaikan Wall Street, kami percaya pasaran tempatan akan menjadi positif,” menurut firma itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lima sen kepada RM9.85, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.33, Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM14.30, CIMB menokok tiga sen kepada RM6.80 dan IHH Healthcare meningkat lima sen kepada RM6.64.

Daripada saham paling aktif, NexG naik satu sen kepada 36.5 sen, Magma menambah setengah sen kepada 48 sen, Green Ocean kekal mendatar pada 26 sen, Cuckoo merosot dua sen kepada RM1.06 dan Dataprep berkurangan setengah sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 64.86 mata kepada 11,352.89, Indeks FBMT 100 menambah 66.25 mata kepada 11,138.57 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 63.89 mata kepada 11,288.04.

Indeks FBM 70 melonjak 103.19 mata kepada 16,435.52 manakala Indeks FBM ACE naik 20.48 mata kepada 4,438.19.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 97.54 mata kepada 17,776.01, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.05 mata kepada 150.02 dan Indeks Perladangan menambah 20.10 mata kepada 7,249.13.

Bagaimanapun, Indeks Tenaga merosot 0.81 mata kepada 727.08. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit terus meningkat selepas Fed beri petunjuk kekalkan kadar faedah
Next: Kestabilan politik dan visi jangka panjang di Sarawak hasilkan pembangunan konsisten – CILT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.