Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen Internet Selamat perkasa Komuniti MADANI tangani ancaman siber
  • Utara
  • WILAYAH

Kempen Internet Selamat perkasa Komuniti MADANI tangani ancaman siber

Utusan Sarawak 13 hours ago
NGILING TIKAI…Pengarah Penerangan Sarawak, Helmy Hamid bersama yang lain menyempurnakan upacara Ngiling Tikai 2025 di Rh Jelaping Sungai Arang Marudi.
 

MARUDI: Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menggerakkan Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian serta melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak, daripada ancaman siber.

Pengarah Penerangan Sarawak, Helmy Hamid berkata kempen ini sedang dilaksanakan secara jelajah ke sekolah-sekolah rendah seluruh negara dengan matlamat memastikan kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah tidak memiliki akaun media sosial.

“Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak terdedah kepada pelbagai risiko keselamatan dalam talian seperti buli siber, pendedahan maklumat peribadi, atau interaksi dengan pihak yang berniat jahat,” katanya semasa merasmikan Program Jiwa Komuniti MADANI Ngiling Tikai 2025 di Rumah Jelaping Sungai Marudi, semalam.

Beliau menegaskan bahawa ahli Komuniti MADANI turut memainkan peranan penting sebagai pemudah cara dan ‘key opinion leader’ dalam menjayakan kempen ini, khususnya dalam membimbing anak-anak di kawasan masing-masing.

“Kerjasama dengan MCMC akan memperkukuh peranan komuniti dalam mendidik dan melindungi kanak-kanak daripada bahaya siber. Ini adalah tanggungjawab bersama,” jelasnya.

Helmy turut menekankan bahawa Program Jiwa Komuniti MADANI merupakan satu inisiatif turun padang oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) untuk mendekati masyarakat secara langsung, memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat, serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Perayaan seperti Gawai yang disambut bersama tanpa mengira latar belakang menunjukkan keharmonian yang menjadi asas kekuatan negara,” ujarnya.

HELMY Hamid turut melakukan upacara ngajat mengelilingi Ranyai pada Majlis Jiwa Komuniti MADANI Ngiling Tikai 2025 di Rh Jelaping Sg Arang.

Tambah beliau, program ini turut memberi peluang kepada komuniti untuk terlibat secara aktif dalam perancangan dan pelaksanaan program, di samping menjadi medium penyebaran maklumat dasar, inisiatif dan kempen kerajaan.

Turut hadir Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Marudi, Fadzuan Yunus, wakil MCMC, Khairil Johar Johari, Pegawai Penerangan Marudi, Siti Mariam Mahdar dan Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi, Hajijah Dollah.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Klinik Kesihatan Tian anjur larian, karnival kesihatan sempena sambutan 34 tahun
Next: Tiga pertubuhan Gereja St Luke terima peruntukan MRP berjumlah RM11,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.