Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Masyarakat digesa main peranan aktif tangani penyalahgunaan dadah
  • SEMASA

Masyarakat digesa main peranan aktif tangani penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 19 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menghadiri sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2025, peringkat Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) hari ini. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Seluruh institusi masyarakat termasuk institusi pengajian tinggi (IPT), tempat kerja, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat, media dan agensi kerajaan perlu tampil memainkan peranan aktif dalam mencegah serta memulihkan penyalahgunaan dadah di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menekankan bahawa gejala dadah kini bukan lagi isu terhad kepada pihak penguatkuasa atau institusi pemulihan semata-mata, tetapi memerlukan tindakan kolektif dan menyeluruh daripada segenap lapisan masyarakat.

“IPT perlu bertindak sebagai pusat penyebaran ilmu dan kesedaran tentang bahaya dadah.

“Mereka mampu membentuk daya tahan moral dan intelektual generasi muda terhadap pengaruh negatif,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2025, peringkat Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) hari ini.

Menurutnya, mahasiswa dan warga kampus perlu diberi ruang yang kondusif untuk terlibat dalam aktiviti sihat serta intervensi komuniti seperti mana kerjasama strategik antara Unimas dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang telah terbukti memberi impak positif.

Di peringkat sektor pekerjaan pula, majikan perlu mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap penyalahgunaan dadah sambil menawarkan laluan pemulihan kepada pekerja yang terjejas, sejajar dengan prinsip keterangkuman dan pemulihan sosial.

“Tempat kerja bukan hanya tempat mencari nafkah, tetapi juga platform penting untuk membentuk gaya hidup sihat dan menyokong kesejahteraan mental serta emosi,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menggariskan peranan penting NGO dan komuniti akar umbi termasuklah pemimpin sebagai barisan hadapan dalam memberi sokongan langsung kepada individu dan keluarga yang terkesan.

“Dalam masa yang sama, pemimpin masyarakat serta agensi kerajaan wajib memastikan wujudnya dasar yang kukuh, pelan tindakan yang jelas dan infrastruktur yang mencukupi untuk menyokong pencegahan dan pemulihan dadah secara berkesan,” tegas beliau.

Hal ini jelasnya, pendekatan bersifat menyeluruh dan kolaboratif inilah yang akan menjadi kunci untuk menjayakan aspirasi menjadikan Sarawak sebuah negeri berstatus Dadah Terkawal menjelang tahun 2025.

Statistik terkini mendapati sepanjang tahun 2024 sahaja, Sarawak mencatatkan 11,408 tangkapan berkaitan dadah, di mana 79 peratus daripadanya melibatkan kesalahan positif urin.

Bagi tempoh Januari hingga April 2025 pula, sebanyak 4,602 tangkapan direkodkan, dengan 77.68 peratus melibatkan kesalahan sama.

Paling membimbangkan, 760 daripada mereka yang ditahan adalah individu berusia 25 tahun ke bawah.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TPM Zahid Hamidi tiba untuk lawatan dua hari 
Next: Pelaburan RM9.4 bilion oleh Google pacu ekonomi berkaitan AI, pengkomputeran awan di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.