Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Chris Brown dijangka jawab pertuduhan kes serangan di Mahkamah London
  • HIBURAN

Chris Brown dijangka jawab pertuduhan kes serangan di Mahkamah London

Utusan Sarawak 11 hours ago
RAPPER Amerika Syarikat, Chris Brown, tiba di Mahkamah Mahkota Southwark di London pada 20 Jun 2025, didakwa atas kesalahan ‘mencederakan dengan niat’ berkaitan satu serangan di mana mangsa didakwa dipukul beberapa kali dengan sebotol objek sebelum dikejar, ditumbuk dan disepak. Foto AFP

LONDON: Penyanyi R&B dari Amerika Syarikat Chris Brown, dijangka hadir di mahkamah hari ini bagi menjawab pertuduhan berhubung insiden serangan di sebuah kelab malam di London dua tahun lalu, lapor PA Media/dpa.

Penyanyi berusia 36 tahun itu sebelum ini dibebaskan dengan jaminan bersyarat bulan lalu dan dibenarkan meneruskan konsert jelajah antarabangsanya.

Brown dituduh menyebabkan kecederaan parah terhadap Abraham Diaw dalam kejadian pada 19 Februari 2023, dan dijadual hadir di Mahkamah Southwark Crown, London, pada pagi Jumaat bersama seorang lagi tertuduh, Omololu Akinlolu, 38, warga AS, bagi prosiding pendengaran pengakuan terhadap pertuduhan serta persiapan perbicaraan.

Sebagai sebahagian daripada syarat jaminan, penyanyi Go Crazy itu dikehendaki membayar wang jaminan keselamatan sebanyak £5 juta (AS$5.85 juta) kepada mahkamah – satu bentuk jaminan kewangan yang boleh dilucuthakkan sekiranya beliau melanggar syarat jaminan.

Kedua-dua tertuduh menghadapi pertuduhan berkaitan serangan di kelab Tape di Hanover Square, Mayfair.

Mahkamah Majistret Manchester mendengar bulan lalu bahawa Diaw sedang berdiri di bar kelab malam Tape apabila dia dipukul beberapa kali dengan botol, dan kemudian dikejar ke kawasan berasingan kelab malam itu yang dia ditumbuk dan ditendang berulang kali.

Brown ditahan di Hotel Lowry di Manchester pada 2.00 pagi pada 15 Mei oleh detektif dari Polis Metropolitan. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Sheqal, penyanyi popular 90-an meninggal dunia pada usia 60 tahun
Next: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia 2025 kembali gegarkan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.