Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • LAKMNS lancar Festival Maal Hijrah 1447H/2025 di Masjid Jamek Negeri
  • TEMPATAN

LAKMNS lancar Festival Maal Hijrah 1447H/2025 di Masjid Jamek Negeri

Utusan Sarawak 14 hours ago
KIBARAN… Anggota PDRM mengiringi upacara rasmi pengibaran bendera sempena pelancaran Festival Maal Hijrah 1447H/2025M di pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak.

PETRA JAYA: Festival Maal Hijrah 1447H/2025 (FMH 1447H/2025) anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bermula secara rasmi hari ini menerusi majlis perasmian Pengibaran Bendera di Anjung Utama, Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini.

BERARAK… Pasukan pancaragam PDRM membawa masuk bendera rasmi Festival Maal Hijrah 1447H/2025M ke Anjung Utama Masjid Jamek Negeri Sarawak, hari ini.

Majlis ringkas itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, sebagai simbolik pelancaran festival yang berlangsung dari 20 hingga 29 Jun ini.

Acara dimulakan dengan perarakan masuk pancaragam LAKMNS yang turut disertai oleh pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebelum diteruskan dengan penyerahan bendera rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif kepada ketua pancaragam.

DISERAHKAN… Bendera rasmi Festival Maal Hijrah diserahkan secara rasmi oleh pasukan perbarisan kepada Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS sebelum dikibarkan.

Bendera kemudiannya dinaikkan secara rasmi dan akan terus dikibarkan sepanjang tempoh festival sebagai simbol bermulanya sambutan Tahun Baharu Hijrah peringkat negeri.

Dalam pada itu, FMH 1447H/2025 merupakan sebuah program berskala besar dianjurkan setiap tahun oleh LAKMNS bagi meraikan Maal Hijrah melalui pendekatan inklusif.

KENANGAN… Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai bersama warga kerja LAKMNS bergambar kenangan selepas majlis perasmian Pengibaran Bendera Festival Maal Hijrah 1447H/2025M, hari ini.

Festival tersebut menyasarkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam menerusi penganjuran program berbentuk kerohanian, pertandingan, serta pameran yang bersifat mendidik dan memperkukuh perpaduan.

Maklumat lanjut mengenai festival ini boleh diperoleh menerusi portal rasmi www.fmhlakmns.com.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Toh Puan Fauziah hadiri kelas kraf tangan bunga songket
Next: Portal eGUMIS terima anugerah Malaysia Public Sector Initiative of the Year 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.