Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 155 pegawai, anggota pasukan MALBATT 850-12 terima pingat PBB di Lubnan
  • SEMASA

155 pegawai, anggota pasukan MALBATT 850-12 terima pingat PBB di Lubnan

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEBANYAK 155 pegawai dan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 menerima Pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam perbarisan penuh istiadat di Kem Marakah, Lubnan pada Khamis.

KUALA LUMPUR:  Sebanyak 155 pegawai dan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 menerima Pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam perbarisan penuh istiadat di Kem Marakah, Lubnan pada Khamis.

MALBATT 850-12 memaklumkan penerima terdiri daripada 20 pegawai, 134 anggota lain-lain pangkat serta seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

“Mendahului penerima pingat PBB ialah Komander MALBATT 850-12 Kol Johan Effendi Mohd Shalleh, sebagai simbol pengiktirafan tertinggi terhadap kepimpinan dan peranan utama beliau dalam pelaksanaan misi.

“Seterusnya, pingat diberikan kepada pegawai-pegawai kanan serta keseluruhan anggota lain-lain pangkat oleh Komander Sektor Barat Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) Brig Jen Nicola Mandolesi,” menurut MALBATT 850-12 dalam kenyataan hari ini.

Perbarisan pingat itu diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT 850-12 Lt Kol Firdaus Shah Budin dan diiringi oleh kumpulan pancaragam daripada Batalion Ghana (GHANBATT).

Duta Besar Malaysia ke Lubnan Azri Mat Yacob turut hadir dan menyempurnakan pemakaian pingat sebagai tanda sokongan dan penghargaan kerajaan Malaysia terhadap peranan yang dimainkan kontinjen negara dalam usaha keamanan antarabangsa.

“Penganugerahan Pingat PBB ini merupakan pengiktirafan rasmi terhadap sumbangan anggota MALBATT 850-12 dalam mengekalkan keamanan serantau dan pelaksanaan misi antarabangsa dengan penuh profesionalisme serta dedikasi,” menurut kenyataan itu.

MALBATT 850-12 memulakan penugasan di bawah UNIFIL pada November 2024 ketika negara itu berdepan fasa mencabar akibat konflik di selatan Lubnan serta ketegangan serantau yang melibatkan Israel dan Iran yang memberikan tekanan besar terhadap kestabilan politik dan keselamatan rakyat tempatan.

“Dalam konteks ini, kehadiran MALBATT 850-12 amat penting dalam menyokong usaha pengaman selaras dengan peranan UNIFIL untuk membantu kerajaan Lubnan memperkukuh kawalan keselamatan dan melaksanakan pemantauan di kawasan tanggungjawab operasi.

“MALBATT turut berjaya menjalin kerjasama erat dengan Angkatan Tentera Lubnan (LAF) serta melaksanakan tugas mereka dengan baik,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang melaksanakan misi UNIFIL, MALBATT 850-12 turut melakukan pelbagai inisiatif kemanusiaan seperti perkhidmatan perubatan, agihan kotak makanan, serta program menyantuni anak-anak yatim. — Bernama

Continue Reading

Previous: Skim insurans kesihatan guna KWSP sukarela, bukan wajib – Dzulkefly
Next: JPJ terima anugerah ‘Digital Transformation of the Year – Transportation’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.