Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasar Rakyat Marudi lengang susulan kenaikan harga sayur
  • Utara
  • WILAYAH

Pasar Rakyat Marudi lengang susulan kenaikan harga sayur

Utusan Sarawak 10 hours ago
MESRA PELANGGAN…Ulau Jok menjual pelbagai jenis sayuran termasuk pucuk paku dengan harga RM3.00 seikat. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Kenaikan harga barangan keperluan makanan, khususnya sayur-sayuran, telah menimbulkan rungutan dalam kalangan peniaga di Pasar Rakyat Marudi, yang mendakwa kehilangan ramai pelanggan sejak beberapa bulan lalu.

Tinjauan Utusan Sarawak di Tamu Pasar Rakyat Marudi di sini mendapati suasana pasar basah yang sebelum ini sesak setiap pagi kini semakin lengang.

Jumlah pengunjung yang berkurangan memaksa para peniaga bersaing sesama sendiri bagi menarik perhatian pembeli untuk singgah ke gerai masing-masing.

Para peniaga di Pasar Rakyat berharap agar lebih ramai pengunjung hadir setiap pagi untuk membeli barangan jualan mereka, namun situasi sebenar tidak seindah yang diharapkan.

Kebanyakan peniaga yang ditemui memaklumkan bahawa jualan harian mereka merosot sejak kebelakangan ini, sehingga menyebabkan kerugian berbanding keuntungan seperti sebelum ini.

Seorang peniaga sayuran di Pasar Rakyat Marudi, Ulau Jok, 61, berkata kekurangan pelanggan semakin ketara selepas kenaikan harga sayur baru-baru ini.

Beliau kini hanya bergantung kepada pelanggan tetap, terutamanya peniaga restoran dan kedai makan, yang masih terus membeli bahan mentah terutama sayuran.

Katanya, sebelum ini beliau menikmati keuntungan memberangsangkan daripada jualan sayuran, namun kini sukar untuk memperoleh keuntungan melebihi RM60 sehari.

Oleh itu, katanya, sayuran yang tidak laku dijual di Pasar Rakyat di sini dibawanya ke Tamu Taman Tuanku, Miri untuk dijual di sana, di mana beliau mendapat keuntungan yang lebih menggalakkan. 

“Saya dan suami menjual sayuran di Tamu Tuanku pada sebelah petang selepas berniaga di Pasar Rakyat Marudi pada sebelah pagi kerana di Tamu Tuanku, Miri masih ramai pelanggan walaupun pada waktu petang,” tambah Ulau.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Chiew tegaskan tindakan lanjutan tidak boleh terhenti
Next: Tanah runtuh di Jalan Kejapil Beraya, pengguna diingatkan berwaspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.